Borak Buku dengan SN Dato' Anwar Ridhwan





***Entri ini adalah entri promosi yang dicuplik daripada blog madrasah susastera Minggu Penulis Remaja


Borak Buku siri 6 telah kembali. Bulan ini, Alumni MPR dan Biro Penulis Muda PENA bakal menjemput Sasterawan Negara Dato' Dr. Anwar Ridhwan untuk berkongsi buku kegemaran beliau.

Dato' Dr. Anwar Ridhwan merupakan Sasterawan Negara ke-10 yang terkenal menguasai pelbagai genre sastera seperti puisi, cerpen, novel dan drama.

Buku yang akan dibicarakan ialah Hikayat Inderaputera

Tarikh: 19 Jun 2011 (Ahad)
Masa: 3.30pm - 5.00pm
Tempat: Coffee Bean, KL Sentral

Program ini adalah program borak-borak santai dan terbuka kepada semua golongan pembaca. RSVP di sini.



Nota saya: 


Sekian lama saya bercita-cita mahu ke Borak Buku bersama-sama rakan-rakan dan senior MPR yang lain.


Tapi apakan daya. Menjadi pelajar sekolah semula membataskan segala aktiviti susastera saya. Kena bersabarlah saya nampaknya..
-
-
-
^_^




0 ulasan:

 

Anekdot Diri

Foto saya
Penulis kreatif dan deskriptif yang menulis dalam pelbagai genre. Pelajar tahun pertama bidang Pengajian Melayu (pengkhususan Linguistik Melayu) di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Merupakan mantan Minggu Penulis Remaja (MPR) 2010. Karya beliau sering mendapat tempat dalam pelbagai media arus perdana seperti Tunas Cipta, Berita Harian, Utusan Melayu, Dewan Siswa dan pelbagai lagi.

Bergandingan bersama rakan-rakan penulis muda yang lain menubuhkan Legasi Oakheart, dalam memperjuangkan penerbitan buku secara mandiri untuk penulis muda dan menjalankan aktiviti seni dan sastera di seluruh negara.

Boleh dihubungi menerusi emel: shamsulamin.yusof@gmail.com.

Pengikut