Hari Koko SMKAP 2009: Dalam Ketidaksempatan


Salaam..

Kepenatan menjalani Karnival Kokurikulum tak dapat digambarkan dengan titik peluh atau keluhan biasa. Saya sendiri tidak dapat lupa pada pertama kali saya tidur agak sedikit awal (kalau mahu dibandingkan dengan hari-hari biasa), selepas majlis penutupan Hari Koko.

"Jangan menyusahkan orang lain.."

Hehe.. ini quote biasa. Tetapi saya khususkan kepada seseorang. Orangnya; rahsia. Sekadar melepaskan kegeraman kerana suka mengheret orang lain untuk terlibat sama dalam permasalahannya.

Tolonglah.. malam ni malam penutupan tau! Semua orang gembira dapat hadiah, kalau bengang pun kalah, jangan heret aku sekali...!

11 dan 12 November 2009. Hari yang terlalu sibuk untuk rakyat SMKAP.

Buktinya; betapa ramai yang keluar lambat dari asrama untuk ke solat Maghrib dengan alasan membuat latihan Malam Kebudayaan. Banyak cantik!

Tetapi hakikatnya semua orang sibuk untuk kedua-dua hari. Saya harus mengakui apabila saya sendiri sebenarnya terkejar-kejar, kerana kekurangan masa dan kesu
ntukan dalam melakukan banyak lagi perkara yang lebih penting.

Pengurusan, kritikan yang lancang sewajarnya untuk inilah. Saya tidak menafikan apabila meniti jadual yang kami dapat seminggu sebelum pertandingan, sehingga menyukarkan kami membuat persediaan yang wajar.

Tetapi dalam ketidaksempatan (bak kata Puan Norley) rupa-rupanya semua kita mampu melakukannya. Masa bukan alasan, kerana kalau kita mah
u akan sesuatu, kita akan segera melakukan tanpa alasan.

"Betul..betul... betul!"

Tahniah wargaku! Kalaulah dalam akademik pun korang boleh macam ni, kan bagus!

Saya mengambil peluang daripada Karnival ini sekadar untuk melepaskan tension. Imtihan baru berlalu, sekurang-kurangnya saya memberi peluang kepada diri untuk bergembira sedikit, untuk diri.

Walaupun bukanlah terlalu banyak terlibat (seperti yang saya pernah sebut dalam laporan PBSM, kami kekurangan anggota!), hakikatnya saya menyumbangkan sesuatu dan sekurang-kurangnya mampu berbangga.

Pertandingan deklamasi sajak yang saya sertai sekadar bidan terjun, (malaslah dah nak baca sajak lepas ni... tolonglah..!) selepas dipaksa Cikgu Junaidah, dan cubaan tersebut menempatkan saya di tangga di atas.

Hehe.. Pertandingan Menulis Laporan juga johan, walaupun..... kurang anggotalah katakan..!

Terima kasih Adibah yang membuntutiku ke mana juga saya pergi, ke ikhtiar hidup, perkhemahan, malam kebudayaan, dan eksplorace. Walaupun hakikatn
ya, dia sendiri yang curi tulang!

Tak mengapa.. yang penting kita happening!

Kita dah menang dah pun... Adibah Hamdan Yusi!

Pasukan KRS, Ikhtiar Hidup. (yang pandang kamera Farouqi dan Aziem)


Team Laporan PBSM, Adibah dan Shamsul. Johan...!


Masakan Ikhtiar Hidup PBSM, Pizza Kentang (sedap ker?)


Peace!


Reti main ke tak batu seremban ni?


Tumpang khemah kejap: depan khemah PPIM


Saya empat ringgit- Dek Nor (hehe..)


Kawad kaki PBSM, ketua platun Ain Safia- Johan jugak!


Hah, penat, cukup penat... Lusanya harus rihlah ke Melaka bersama unit kokurikulum..hadiah penghargaan kebangsaan. Huh, lagian memikirkan, saya capek!

Apapun saya mensyukuri, sekurang-kurangnya apa yang terjadi memberi saya pengalaman dan peluang untuk berkenalan dengan kehidupan.

Begitulah dalam ketidaksempatan...


.:: Petik-petik Sam ::.
Tatkala majlis penutupan Hari Koko, Pengakap menang sorak, tetapi yang malangnya tak menang pun sorak juga, begitulah....
Apa-apapun saya bersyukur kepada-Nya untuk semua ini. Termasuk untuk Anugerah Tokoh Kokurikulum 2009. Terima kasih semua!



5 ulasan:

~ciknura~ berkata...

teringin nak dengar shamsul amin baca sajak..maksud saya satu sajak penuh!hehe..

Shamsul Amin berkata...

ha'ah ya.. hari tu kite baca satu rangkap saja.. tapi kalau ciknura nak tahu, shamsul amin baca sajak hari koko tu tiga orang saja penontonnya..!

Pertandingan tertutup! Orang sekarang dah tak pandang pertandingan bahasa ni..

subaidi berkata...

macam best jer..memang x ramai org ker yg masuk pbsm ni sam..seronoknyer korg dapat gi melaka tuk hadiah kebangsaan.waktu aku dulu berpenat lelah ke kebangsaan just dapat name jer..x dapat penghargaan sebegitu..agak terkilan but redha jer...

+sCoUtLeDErKaloH+ berkata...

huhuhu...
ikhtiar idop korang gune sos..
x aci..
dlm utan maney bole bawak sos..

Shamsul Amin berkata...

Ada sos ke..
huhu..
entahlah, saya tukang melapor aje...

 

Anekdot Diri

Foto saya
Penulis kreatif dan deskriptif yang menulis dalam pelbagai genre. Pelajar tahun pertama bidang Pengajian Melayu (pengkhususan Linguistik Melayu) di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Merupakan mantan Minggu Penulis Remaja (MPR) 2010. Karya beliau sering mendapat tempat dalam pelbagai media arus perdana seperti Tunas Cipta, Berita Harian, Utusan Melayu, Dewan Siswa dan pelbagai lagi.

Bergandingan bersama rakan-rakan penulis muda yang lain menubuhkan Legasi Oakheart, dalam memperjuangkan penerbitan buku secara mandiri untuk penulis muda dan menjalankan aktiviti seni dan sastera di seluruh negara.

Boleh dihubungi menerusi emel: shamsulamin.yusof@gmail.com.

Pengikut