Mohamad Shamsul Amin bin Md Yusof atau nama medianya Shamsul Amin lahir pada tanggal 26 Mei 1993 di Kota Bharu, Kelantan Darul Naim namun menetap di Kuantan, Pahang semenjak kecil lagi. Mendapat pendidikan awal di SK Galing, Kuantan (2000-2001), SK Cenderawasih, Kuantan (2002-2004), SK Wira, Kuantan (2005). Berbekalkan keputusan cemerlang dalam UPSR, Shamsul Amin melanjutkan pengajian menengahnya di SMK Agama Pahang, Muadzam Shah (2006-2010).
Shamsul Amin merupakan penulis kreatif dan penulis ilmiah dan karyanya mendapat tempat dalam media arus perdana. Minat yang mendalam dalam bidang penulisan terdorong ketika Shamsul Amin berada di Tingkatan Satu, ketika berusia 13 tahun secara suka-suka dan minat-minat biasa. E-sastera, sebuah laman web sastera siber telah mencambahkan minat Shamsul Amin ke peringkat yang lebih serius. Melalui eSastera Shamsul Amin berjaya menghasilkan sebuah karya non-kreatif dalam sebuah antologi terbitan Esastera Enterprise, Sejalan tak Seiring (2007). Shamsul Amin mengorak langkah dengan menghantar karya di media arus perdana. Cerpen pertama tersiar dalam Tunas Cipta September 2008 (ketika itu sisipan bersama Dewan Sastera) dengan judul Kerana Novel ketika berusia 15 tahun.
Mendapat bimbingan terlatih dalam bidang penulisan ketika menyertai program Perkampungan Penulis Muda Peringkat Kebangsaan 2009 di Kukup, Pontian, Johor. Di sana Shamsul Amin dibimbing oleh penulis ternama Johor seperti Zaid Akhtar, Nazim Muhd. Subari, dan Azhar Salleh.
Shamsul Amin menyertai Minggu Penulis Remaja (MPR) pada tahun 2010 anjuran Dewan Bahasa an Pustaka dan mendapat bimbingan daripada penulis mapan seperti Salina Ibrahim, Nasriah Abdul Salam, Ridzuan Harun, dan Shamsudin Othman.
Di sekolah Shamsul Amin berpengalaman dalam bidang kebahasaan dan kerap kali mewakili sekolah dalam acar bahas ala parlimen, pesta pantun, syarahan di peringkat kebangsaan. Pada tahun 2009, Shamsul Amin menyertai program alam sekitar Toyota Eco Youth, anjuran syarikat gergasi UMW Toyota Motor.
Penglibatan Kursus/Seminar/Pertandingan/Kem:
Peserta Kem Rakan Muda Jiran Muda 2006 anjuran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Peserta Kursus Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) Siri 3 2007
Pembantu Padang Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (Pahang) 2007
Pembantu Teknikal Bahas Ala Parlimen Karnival Kokurikulum Bahasa Melayu Sekolah-Sekolah Pahang 2007
Peserta Simposium Penulis Pelbagai Kaum, Hari Sastera Malaysia ke-14, 2007
Peserta Seminar Antarabangsa Linguistik dan Pembudayaan Bahasa Melayu ke-4, Universiti Putra Malaysia 2008
Peserta Program Kecemerlangan PMR 2008 Kolej Komuniti Paya Besar
Peserta Seminar Antarabangsa Kesusasteraan Melayu ke-10, Univerisiti Kebangsaan Malaysia 2009
Peserta Kursus Pertolongan Cemas Belia 1Malaysia, anjuran Majlis Belia Daerah Rompin 2010
Minggu Penulis Remaja 2010
Pencapaian/Anugerah
Anugerah Pelajar Cemerlang PMR 2008, Yayasan Pahang
Tokoh Penulis Muda Negeri Pahang 2009, JPN Pahang
Anugerah Menteri Besar Pahang 2009, Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur.
Tempat Ketiga, Hadiah Cerpen Pelajar Sekolah Menengah 2009, Dewan Bahasa dan Pustaka
Anugerah Penulis Muda (Lelaki) Perkampungan Penulis Muda Kebangsaan 2009, DBP Selatan
Tempat Ketiga Kategori Pengkaryaan Cerpen Perkampungan Penulis Muda Kebangsaan 2009, JPN Johor
Tempat Ketiga Toyota Eco Youth 2009, UMW Toyota Motor
Tokoh Kokurikulum (Lelaki) 2009, SMK Agama Pahang
Hadiah Pelajar Cemerlang Kokurikulum 2009, Kerajaan Negeri dan Yayasan Pahang
Persatuan Terbaik (Persatuan Bahasa Melayu), Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum Kebangsaan '10
Anugerah Koperator Terbaik 2010, Koperasi SMK Agama Pahang Berhad
Mantan Minggu Penulis Remaja 2010.
Karya-karya
Biografi Dato’ Siti Nurhaliza
- Sejalan Tak Seiring (eSastera Enterprise,2007)
Cerpen, Kerana Novel
- Tunas Cipta (Dewan Bahasa dan Pustaka, September 2008)
Sajak, Dosa-Dosa Bahasa
- Berita Harian (11 April 2009)
Cerpen, Ombak di Hati
- Kunci Gerbang Masa (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2009)
Persatuan/Organisasi/Kelab/NGO
Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia- ahli belia
Majlis Kanser Negara- sukarelawan
Malaysia Nature Society- ahli remaja
Persatuan Penulis Tumpat- ahli rasmi
Kelab Alumni Minggu Penulis Remaja


