Salam Aidilfitri 2013


Buat semua rakan-rakan dan kenalan- yang mengenali atau tidak, yang pernah bersua muka atau tidak pernah;

Saya secara peribadi ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433h, maaf zahir dan batin. Maaf atas setiap kekhilafan yang saya lakukan sepanjang kita berinteraksi di laman maya- barangkali ada kekhilafan, keangkuhan, dan gurau senda yang keterlaluan yang saya lakukan sama ada secara sedar atau di luar kesengajaan. Ampunkan kesemuanya.

Moga kesemua kita dilimpah barakah oleh Allah Taala dan diterima segala amalan pada Ramadhan yang baru berlalu dan untuk hari-hari yang mendatang.

Maaf kepada rakan-rakan yang tidak sempat saya kirimkan kad raya seperti selalunya. Kad raya tahun ini benar-benar terhad (dan eksklusif), walau apapun siapa pun anda, anda tetap dalam ingatan saya.

Kepada rakan-rakan di sekitar Kuantan, jemputlah bertandang ke rumah pada raya pertama dan kedua jika berkelapangan. Ayuh kita beramah mesra dan bergembira bersama-sama memaut silaturahim sesama kita, insya-Allah anda akan saya raikan dengan penuh taulan. 

Salam Aidilfitri semua! Salam lebaran!

1 ulasan:

Tetamu Istimewa berkata...

Selamat Hari Raya Aidilfitri.

 

Anekdot Diri

Foto saya
Penulis kreatif dan deskriptif yang menulis dalam pelbagai genre. Pelajar tahun pertama bidang Pengajian Melayu (pengkhususan Linguistik Melayu) di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Merupakan mantan Minggu Penulis Remaja (MPR) 2010. Karya beliau sering mendapat tempat dalam pelbagai media arus perdana seperti Tunas Cipta, Berita Harian, Utusan Melayu, Dewan Siswa dan pelbagai lagi.

Bergandingan bersama rakan-rakan penulis muda yang lain menubuhkan Legasi Oakheart, dalam memperjuangkan penerbitan buku secara mandiri untuk penulis muda dan menjalankan aktiviti seni dan sastera di seluruh negara.

Boleh dihubungi menerusi emel: shamsulamin.yusof@gmail.com.

Pengikut