20



Semalam, 10 hari selepas tarikh lahir sebenar, saya baru berpeluang meraikan ulangtahun kelahiran sendiri, yang dikembarkan bersama ulangtahun kelahiran abang saya, yang lahir tanggal 4 Jun.

Alhamdulillah, saya sudah masuk usia pada siri 20++. Syukur kerana masih dipanjangkan usia dan diberi nikmat yang tidak terbatas oleh Tuhan. Pada usia 20 banyak yang sudah diraih, namun masih banyak perancangan dan kejayaan yang belum terlaksana. Saya perlu leih bekerja kuat.

Pada angka yang signifikan, saya bercita-cita untuk lebih banyak perkara.

Terima kasih kepada semua yang mendoakan. Terima kasih kepada keluarga, guru-guru dan teman-teman yang menitipkan ucapan. Terima kasih paling ulung buat kedua ibu bapa, tanpa mereka siapalah saya. 



0 ulasan:

 

Anekdot Diri

Foto saya
Penulis kreatif dan deskriptif yang menulis dalam pelbagai genre. Pelajar tahun pertama bidang Pengajian Melayu (pengkhususan Linguistik Melayu) di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Merupakan mantan Minggu Penulis Remaja (MPR) 2010. Karya beliau sering mendapat tempat dalam pelbagai media arus perdana seperti Tunas Cipta, Berita Harian, Utusan Melayu, Dewan Siswa dan pelbagai lagi.

Bergandingan bersama rakan-rakan penulis muda yang lain menubuhkan Legasi Oakheart, dalam memperjuangkan penerbitan buku secara mandiri untuk penulis muda dan menjalankan aktiviti seni dan sastera di seluruh negara.

Boleh dihubungi menerusi emel: shamsulamin.yusof@gmail.com.

Pengikut