Buah Pena Alumni MPR dalam Tunas Cipta Mei 2013



Alhamdulillah, bulan ini saya dapat awal 'hadiah hari jadi'.

Syukur, bulan ini berkesempatan mengisi ruangan Buah Pena Alumni MPR dalam majalah Tunas Cipta, Mei 2013 dengan judul 'Empat Tahun Yang Elegan'.

Tiada apa yang elegan, cuma dalam catatan tiga muka surat kali ini, saya lebih banyak bercerita bagaimana empat tahun pertama usia kepengarangan saya memberi makna buat diri. Terima kasih kepada editor atas peluang yang diberikan.

Bersama catatan ini, saya kembarkan bersama beberapa buah puisi termasuk sebuah puisi 'Renungan' yang saya dedikasikan khusus untuk rakan-rakan Program Prauniversiti SMK Agama Pahang (2011/2012). 

"...Di wajah kalian ada mentari
mengetuk pintu hari dengan senyum taulan
kita bermesra melewati senjakala
sesekali bertandang dan menghilang.."

Dapatkan segera Tunas Cipta di kedai-kedai berhampiran anda. Selamat membaca!

2 ulasan:

School Of Tots berkata...

Cinta Dominasi Segala
Dalam Jiwa Ada Rasa
Rasa Yang Membawa Gelora
Entah Bila Entah Di Mana.

Shamsul Amin berkata...

School of Tots;

Terima kasih atas puisinya. Manis!

 

Anekdot Diri

Foto saya
Penulis kreatif dan deskriptif yang menulis dalam pelbagai genre. Pelajar tahun pertama bidang Pengajian Melayu (pengkhususan Linguistik Melayu) di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Merupakan mantan Minggu Penulis Remaja (MPR) 2010. Karya beliau sering mendapat tempat dalam pelbagai media arus perdana seperti Tunas Cipta, Berita Harian, Utusan Melayu, Dewan Siswa dan pelbagai lagi.

Bergandingan bersama rakan-rakan penulis muda yang lain menubuhkan Legasi Oakheart, dalam memperjuangkan penerbitan buku secara mandiri untuk penulis muda dan menjalankan aktiviti seni dan sastera di seluruh negara.

Boleh dihubungi menerusi emel: shamsulamin.yusof@gmail.com.

Pengikut