Pasca-Cantuman Mimpi


ALHAMDULILLAH. 20 April yang lepas, naskhah-naskhah baru terbitan Legasi Oakheart & Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) (bersama beberapa naskhah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka) selamat dilancarkan di Auditorium DBP, Kuala Lumpur.

Legasi Oakheart dengan kerjasama ITBM telah menerbitkan dua naskhah iaitu Antologi Cerpen, Proses Kreatif & Skrip Filem Pendek, CANTUMAN MIMPI dan Antologi Puisi Retrospeksi. LO juga menerbitkan sebuah Antologi Puisi Duo, Anti-Realiti manakala Dewan Bahasa & Pustaka menerbitkan dua buah naskhah MPR 2010 dan 2012 iaitu Siti Nurmalaysia dan Anugerah Terindah.

Alhamdulillah, Cantuman Mimpi akhirnya selamat dibidankan meskipun menemui jalan sukar pada mulanya. Melalui Cantuman Mimpi, saya lebih banyak belajar tentang pahit maung bergerak dalam sebuah organisasi yang mandiri. 

Terima kasih kepada pengasas Legasi Oakheart iaitu Sayidah Muizzah dan Hafiz Latiff dan juga rakan-rakan LO yang lain. Saya mengagumi semangat kalian yang menyanggupi apa sahaja. Menerusi kalian, saya banyak  belajar dan menyerap semangat kawan-kawan yang tidak dapat saya temukan di tempat lain. 

Rewang sampai lewat malam di ruang hotel
Membacakan petikan cerpen Siti Nurmalaysia

Cantuman Mimpi dan Siti Nurmalaysia
Gimik pelancaran
Bagi anda yang mahu mendapatkan naskhah-naskhah terbitan LO, boleh emelkan kepada legasioakheart@gmail.com ataupun hubungi saya secara peribadi melalui emel, Facebook atau Twitter. Boleh juga dapatkan naskhah-naskhah daripada ahli-ahli LO yang lain. Cantuman Mimpi dan Retrospeksi juga boleh didapati di www.itbm.com.my dan juga kedai-kedai buku berhampiran anda!




0 ulasan:

 

Anekdot Diri

Foto saya
Penulis kreatif dan deskriptif yang menulis dalam pelbagai genre. Pelajar tahun pertama bidang Pengajian Melayu (pengkhususan Linguistik Melayu) di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Merupakan mantan Minggu Penulis Remaja (MPR) 2010. Karya beliau sering mendapat tempat dalam pelbagai media arus perdana seperti Tunas Cipta, Berita Harian, Utusan Melayu, Dewan Siswa dan pelbagai lagi.

Bergandingan bersama rakan-rakan penulis muda yang lain menubuhkan Legasi Oakheart, dalam memperjuangkan penerbitan buku secara mandiri untuk penulis muda dan menjalankan aktiviti seni dan sastera di seluruh negara.

Boleh dihubungi menerusi emel: shamsulamin.yusof@gmail.com.

Pengikut