Ziarah Budaya 2: Kampung Budaya Pulau Keladi



Setelah ke Muzium Sultan Abu Bakar, saya dan Muzammil ke destinasi budaya lain yang tak kurang menariknya: Kampung Budaya Pulau Keladi. Oh, memang namanya pulau, tetapi bukanlah kami pergi ke sebuah pulau. Ia sama seperti nama tempat yang lain, Pulau Indah, Pulau Serai dan etc.

Sebenarnya saya sendiri keliru kenapa tempat-tempat begini dinamai dengan nama 'pulau', mungkin seseorang dengan jawapan boleh respon di ruangan komen.

Apa yang ada di Kampung Budaya ini? Adakah ia benar-benar sebuah kampung? 

Kampung Budaya Pulau Keladi bukanlah sebuah petempatan yang dibangunkan sebagai tempat pelancongan atau pusat budaya komersial, tetapi lebih kepada pusat sehenti budaya yang menempatkan produk pelancongan seperti pusat tenunan, kraftangan, replika rumah tradisonal dan pusat latihan dan kemahiran budaya.

Tetapi apa yang lebih penting di dalam kampung budaya ini 'tersembunyinya' Rumah Tempat Lahir Perdana Menteri Malaysia yang kedua, Allayarham Tun Abdul Razak yang juga merupakan bapa kepada Perdana Menteri kita sekarang.

Okay, saya akan membiarkan gambar-gambar ini bercerita.


Rumah tradisonal Melayu.

Replika rumah Melayu

Koleksi bahan bacaan Allayarham Tun Abdul Razak yang dipamerkan

Memorial Tun Abdul Razak

Cinta sepanjang hayat- Tun Abdul Razak & Tun Rahah

Wajah-wajah Tun Abdul Razak

Rumah tempat lahir Tun Abdul Razak

Tenun Pahang

Bergambar di hadapan rumah Melayu tradisional, atap rumbia lagi. 


0 ulasan:

 

Anekdot Diri

Foto saya
Penulis kreatif dan deskriptif yang menulis dalam pelbagai genre. Pelajar tahun pertama bidang Pengajian Melayu (pengkhususan Linguistik Melayu) di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Merupakan mantan Minggu Penulis Remaja (MPR) 2010. Karya beliau sering mendapat tempat dalam pelbagai media arus perdana seperti Tunas Cipta, Berita Harian, Utusan Melayu, Dewan Siswa dan pelbagai lagi.

Bergandingan bersama rakan-rakan penulis muda yang lain menubuhkan Legasi Oakheart, dalam memperjuangkan penerbitan buku secara mandiri untuk penulis muda dan menjalankan aktiviti seni dan sastera di seluruh negara.

Boleh dihubungi menerusi emel: shamsulamin.yusof@gmail.com.

Pengikut