Pengikut

21 Ogos 2011

UPT2 is Over!



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Hari ini 21 Ramadhan, memasuki fasa kedua Ramadhan, semoga kita beroleh maghfirah-Nya.

Bukan senang nak dapatkan keampunan. Kita puas berdoa siang dan malam memohon keampunan, tetapi hakikatnya maghfirah itu milik Allah, dan Dia sahaja yang berhak memberi keampunan. Namun kita kena yakin kepada janji Allah, "Sesungguhnya Allah itu penerima taubat".

*******************************************************************************************

Peperiksaan pertama kami baru tamat. UPT2. Saya tak sangka, dalam usia saya 18 tahun, rupa-rupanya saya masih ambil ujian yang sama seperti mana saya pernah ambil lewat tingkatan satu hingga tingkatan enam.
Bulan Ramadhan bulan ibadah. Malam terawih berjemaah. Petang tadarus. Masa belajar kami banyak diambil. Saya terpaksa cari waktu lain untuk belajar, tidak menyalahkan Ramadhan, kerana ruang yang diambil harus diganti dengan waktu yang lain. 

Jadi saya study lewat petang selepas Asar dan bangun awal pagi untuk qiyam dan sahur, serampang dua mata, terus study. That's strategy in study!

Pertama kali exam tingkatan enam, adoi! Saya terpaksa akui agak rigid memandangkan ini pertama kali kami mengambil peperiksaan. Kertasnya tak selengkap seperti mana kertas sewaktu STPM, (tak mengikut format) kerana selalunya kalau peperiksaan UPT, cikgu menggubal peperiksaan sehabis ringkas. 

Takut juga. Keputusan belum dapat, tapi saya sudah berdebar. 

Tapi saya pujuk hati supaya that's ok, this is the initial. Ada banyak lagi ujian yang nak ditempuh. Kalau ada iltizam dan usaha, insya-Allah, prinsipal semua macam makan kacang je. Ceh!

Kertas Bahasa Melayu saya tiada masalah sangat. 

Kertas Pengajian Am mungkin susah di kertas 1, entah berapa banyak yang saya hentam kerana yang keluarnya hampir semua soalan tentang Dasar Dalam Negara, dan kami study saat-saat akhir. :P

Kertas Ekonomi: oh, agak bermasalah. Maklumlah ekonomi, subjek yang saya akui lebih susah daripada Add Math sekoleh menengah. Terutama kertas Makro. (Takpe Shamsul, this is the inital one. haha..!)

Kertas Syariah: Pun tidak bermasalah sangat. Cuma agak culture shock dengan soalannya yang sangat ringkas tapi memerlukan jawapan panjang lebar, tidak sama seperti Syariah SPM.

MUET: Yang keluar peperiksaan kali ini hanya kertas Reading. Saya gelabah apabila kawan-kawan keluar tersangatlah awal sampai saya jadi takut, sebab bagi saya secara peribadi teks MUET sangat-sangatlah susah dan bahasanya tinggi amat tetapi mudah difahami. Dan pilihan jawapannya juga hampir-hampir sama sahaja semuanya. Apabila tak sampai 20 minit kawan-kawan dah keluar (habis menjawab), saya jadi gelabah walhal saya baru langsai separuh soalan. Saya keluar yang terakhir sebab terlalu menekuni petikan. Dan sampai sekarang saya hairan, bagaimana mereka boleh keluar awal sewaktu peperiksaan. Hentam kot? :P

Saya tak mahu buat sasaran terlalu tinggi untuk peperiksaan kali ini. Cukup mencapai pointer 3.00 ke atas, buat permulaan ni. Kalau lepas, saya mahu target lebih tinggi.

Tetapi kata Arash, kalau kita target 4.00 maka usaha kita akan 4.00 juga. Katanya kalau nak gantung impian, gantunglah setinggi langit, kalau tak sampai pun sekurang-kurangnya akan jatuh ke bukit. Kalau gantung di bukit, silap-silap jatuh di pokok. Kalau gantung ke pokok, kalau tak bernasib baik jatuh ke tanah!

Tapi saya tetap buat sasaran 3.00 ke atas sahaja. And I'll make the result as my TOV after that. 
Ini baru permulaan. Saya baru belajar mengenali suasana peperiksaan Tingkatan Enam.

Saya selalu berharap, tekad saya memasuki tingkatan enam ialah bukan satu kesilapan.
Saya membuat keputusan yang betul. :)
-
-
-
^_^

0 ulasan:

 
;