Pengikut

20 Ogos 2011

Kad Matrik Tingkatan Enam



 

Mulai Isnin lepas kami sudah mula pakai kad matrik, gantung di tengkuk dan dengan gahnya menayangkan kad matrik baru kami tu.

Kad matrik ini taklah cantik mana, sebab yang mendesignnya ialah saya sendiri. Bolehlah just so-so. Saya bukannya pandai sangat dalam mereka-reka ni. Tapi sekadar memenuhi keperluan, saya pun cuba sahajalah.

Dan inilah hasilnya!

Cantik atau tidak bukan ukurannya. Yang penting hajat saya untuk membuat kad matrik khusus untuk pelajar Prauniversiti sahaja sekurang-kurangnya tercapai. Kami golongan minoriti. Jadi ini sahaja cara untuk kami menampakkan diri. Nampaklah gah sedikit.

Yang penting saya rasa saya comel dalam gambar di atas. Hehe. :D

Dirgahayu Tingkatan Enam!


0 ulasan:

 
;