Pengikut

21 Julai 2011

Riben Hitam untuk Mereka


 

Saya bukan penulis yang baik. Menghantar karya sekali-sekala. Menulis juga sekali sekala. Kesungguhan saya dalam berkarya susut sebaik saya menyambung pelajaran di Tingkatan Enam. Sekolah berasrama.

Ketika kesungguhan saya di tingkat tertinggi pula, nikmat menulis ditarik serta-merta oleh Tuhan. Saya sekarang tidak dapat menulis dengan selesa sementelah laptop dicuri. Karya-karya (terrmasuk manuskrip novel yang siap 50%) hilang begitu sahaja dan saya kini tiada media untuk menulis.

Kalau pun saya mahu menulis, saya harus bersusah. Mencari media untuk menulis.

Apa-apapun, bulan Julai, rezeki menyebelahi saya. Riben Hitam untuk Mereka, buah tangan terbaharu saya terbit di Tunas Cipta keluaran Julai 2011.

Terima kasih editor Tuan Ruslan Abdul Raffar dan editor kanan Majalah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Puan Rozninah Abd Azib atas kepercayaan.

Dapatkan TC di pasaran!

0 ulasan:

 
;