Pengikut

30 Julai 2011

Facebook dan Sebelum Berpuasa




Ramadhan bakal datang. Hati saya berdebar menantikan. Kita akan bermula berpuasa dan pesta ibadat datang lagi. Menjadi lebih baik daripada biasa.

Sebelum berpuasa, saya terlebih dahulu berpuasa daripada Facebook, untuk seberapa waktu.

Insya-Allah, untuk sedikit waktu nanti saya pasti akan berFacebook semula. Sebarang perhubungan boleh terus melalui alamat emel, saya lebih mesra berhubung cara begitu buat masa ini.

Tujuan berpuasa Facebook tidak lain tidak bukan hanya sekadar mahu membuang kusut setelah kembali bersekolah. Apabila menumpukan sesuatu yang penting, sesuatu yang tidak seberapa penting perlu ditinggalkan sementara.

Apa-apapun akaun FB masih digunakan untuk tujuan komen dan like di mana-mana laman umum. Maksudnya sebarang update di wall saya, itu kemas kini daripada luar laman FB. 

Oh ya, anda juga boleh like dan komen menggunakan akaun FB setiap catatan di blog kecil ini.
Di atas dan di bawah.
^_^
-
-
-

0 ulasan:

 
;