Pengikut

07 Jun 2011

Sang Mantan




Dalam Berita Harian Online, hari ini, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim menyelar tindakan sesetengah pihak (oh, pihak yang mana satukah, itu saya tak berapa pasti) yang gemar mencedok perkataan daripada bahasa luar. Oh, senang cerita baca sahajalah di sini.

MANTAN. Anda tahu maksud perkataan ini?

Kata Datuk Seri, perkataan mantan digunakan secara meluas dan membabi buta di negara kita. Perhatikan sahaja, perkataan mantan memang sekarang lebih serasi diguna bersama Perdana Menteri, ketua itu, ketua ini, maka penggunaan bekas sudah tidak lagi terbiasa.

Mantan Perdana Menteri, Mantan Menteri.., Mantan Ketua Polis Negara dan banyak lagi.

Kata Datuk Seri lagi, perkataan mantan itu digunakan secara meluas di Indonesia yang mendorong makna 'orang yang tidak bekerja'. 

"Kita di sini tanpa usul periksa suka mengambil perkataan luar seperti mantan. Janganlah kita begitu mudah meniru perkataan dari Indonesia tanpa faham erti sebenarnya," tambah Datuk Seri lagi.

Justeru saya mempersoalkan, apabila isu ini ditimbulkan Pak Menteri, adakah beliau sendiri hadam akan maksud 'mantan' itu sendiri dan tahu asal-usul perkataan tersebut?

Saya rasa tidak.

Perkataan 'mantan' memang maujud dalam KD (oh, panggilan manja saya kepada Kamus Dewan sebab bunyinya macam Kris Dayanti! :P)

Anda sendiri boleh periksa PRPM DBP. Taipkan dengan kata carian 'mantan'.


Saya cari pula maksud perkataan 'mantan' dalam Kamus Besar Bahasa Indonesia (KBBI) (kalau di Malaysia, kamus ini tarafnya seperti Kamus Dewan). Istilah 'mantan' memang ada dalam Bahasa Indonesia. Dan takrifan yang diberikan KBBI hampir sama seperti makna yang diberi KD. 


KBBI boleh diakses di sini.

Datuk Seri ternyata silap. Takrifan yang beliau berikan tentang maksud 'mantan' ternyata silap. Malah penggunaannya persis, dan penggunaannya sudah meluas dalam khlayak kita. Malah sudah diterima dalam pangkalan data korpus negara kita.

Entahlah, saya tak tahu dari mana sumber yang Datuk Seri dapat. Dan saya rasa beliau mengeluarkan kenyataan tersebut tanpa rujukan.

Beliau tak ada Kamus Dewan kot? Tak mungkin pula.. :P

Orang Indonesia sendiri kurang bijak menggunakan perkataan mantan. Lihat sahaja lagu Sang Mantan nyanyian Nidji. Baca liriknya di sini.

Penggunaan mantan sebagai 'Sang Mantan' yang merujuk kepada bekas kekasih (menurut apa yang saya faham dalam lirik lagu tersebut) jelas kurang kena. Penggunaan tampak macam menyedapkan mulut kita yang menyebutnya, tetapi penggunaan mantan memang tidak sesuai.

Isu penggunaan perkataan 'mantan' ini mengingatkan saya kepada suatu penggunaan perkataan yang sama, tetapi mengundang tawa.

Ketika itu saya menjadi jurulatih kepada pasukan Bahasa Ala Parlimen bagi program Koakademik Bahasa Melayu peringkat negeri. Menjadi guru pengiring (menyamar GSTT. Baca sini!)

Kami sudah sampai di peringkat separuh akhir peringkat Negeri, kalau tak salah saya tajuk usul pada ketika itu "Pemansuhan PMR&UPSR Mampu Melahirkan Pelajar Yang Seimbang". Kami di pihak kerajaan. 

Anak buah saya yang menjadi Menteri Ketiga membidas. Tiba-tiba ada satu celahan daripada pihak pembangkang yang berbentuk kenyataan 

"Mantan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishamuddin mengiktiraf PMR dan UPSR di UNESCO."

Anak buah saya ini dengan yakinnya membidas kembali, 

"YB, bagaimana pula dengan pendapat MANTAN MUHYIDDIN YASSIN tentang PMR dan UPSR?"

Hakim gelak. Seluruh isi dewan riuh dengan tawa. Proksi kerajaan juga ketawa. Pembangkang juga.

Saya rasa seperti mahu membalikkan tag 'guru pengiring'. Haha :D

Usai pertandingan (selepas diumumkan usul ditolak) saya bertanya kepada anak buah saya yang seorang itu, adakah dia tahu maksud sebenar 'mantan'?

"Baru tahu. Ingatkan mantan tu gelaran kehormat untuk seseorang.."

La...!

Tak mengapalah, sekuarang-kurangnya dengan kesalahannya yang bagi saya memalukan itu, setidaknya-tidaknya dia sudah tahu maksud sebenar 'mantan'. Tidaklah dia terus misscommunication tentang maksud mantan!

Ini cara kita belajar. Melalui kesalahan.

Agaknya mana satu menteri ketiga ya? :P

Moral of the story, setiap orang atau setiap rumah, tidak kiralah siapa kita, pegawai kerajaan, buruh kasar, malah lebih-lebih lagi pelajar, perlu ada Kamus Dewan.

Ataupun setidak-tidaknya selalu merujuk di PRPM.
Oh, terima kasih teknologi. Dah boleh jimat RM 60, malah lebih..!
^_^
-
-
-

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hey there shamsulamin.blogspot.com owner found your blog via yahoo but it was hard to find and I see you could have more visitors because there are not so many comments yet. I have discovered site which offer to dramatically increase traffic to your blog http://xrumerservice.org they claim they managed to get close to 1000 visitors/day using their services you could also get lot more targeted traffic from search engines as you have now. I used their services and got significantly more visitors to my site. Hope this helps :) They offer best backlink service Take care. Jason

 
;