Setiap orang ada sebab mengapa Allah mendatangkan kepadanya musibah. Kehilangan harta benda dan kehilangan seseorang yang disayang ialah yang paling menyakitkan.
Kehilangan ini betul-betul menguji, menguji iman, menguji kekuatan dan menguji ketahanan.
Bukan komputer riba yang saya sayangkan, tetapi perkara-perkara di dalamnya. Gambar-gambar, karya-karya, manuskrip novel yang saya karang sekian lama yang sudah sampai suku, segalanya. Hilang begitu sahaja.
Saya sedang menjalani keperitan ini. Dan sampai sekarang pun jika saya teringat tentangnya, saya menangis sendiri. Untuk berpatah semula bukan mudah, saya perlu bermula daripada sifar.
Allah, ini dugaan yang sangat berat, tetapi menguatkan.
Saya yakin suatu hari, Allah pasti memunculakn hikmahnya.
Insya-Allah..
-
-
-
:'(
KEJAM! - Konflik Syria: 32 kanak-kanak antara 90 maut
-
*TAOTAUAJER* - Kejam sungguh apabila kanak-kanak di bunuh dalam serangan
pasukan keselamatan Syria ke atas bandar Houla,DAMSYIK. Dimana Pasukan
pemantau ...


1 ulasan:
Sabarlah Shamsul Amin, kehilangan itu bersifat lumrah kerana Allah sedang mengujimu. Peringatan untuk lain kali, setiap bahan yang amat berharga perlu disimpan di tempat yang selamat. Kehilangan harta benda boleh didapatkan kembali dengan yang lebih baik, namun kehilangan insan tercinta tidak akan berganti.
Catat Ulasan