***Entri ini adalah entri promosi yang dicuplik daripada blog madrasah susastera Minggu Penulis Remaja
Borak Buku siri 6 telah kembali. Bulan ini, Alumni MPR dan Biro Penulis Muda PENA bakal menjemput Sasterawan Negara Dato' Dr. Anwar Ridhwan untuk berkongsi buku kegemaran beliau.
Dato' Dr. Anwar Ridhwan merupakan Sasterawan Negara ke-10 yang terkenal menguasai pelbagai genre sastera seperti puisi, cerpen, novel dan drama.
Buku yang akan dibicarakan ialah Hikayat Inderaputera
Tarikh: 19 Jun 2011 (Ahad)
Masa: 3.30pm - 5.00pm
Tempat: Coffee Bean, KL Sentral
Program ini adalah program borak-borak santai dan terbuka kepada semua golongan pembaca. RSVP di sini.
Nota saya:
Sekian lama saya bercita-cita mahu ke Borak Buku bersama-sama rakan-rakan dan senior MPR yang lain.
Tapi apakan daya. Menjadi pelajar sekolah semula membataskan segala aktiviti susastera saya. Kena bersabarlah saya nampaknya..
-
-
-
^_^



0 ulasan:
Catat Ulasan