Pengikut

26 Mei 2011

Ulang Tahun 18


18 angka penuh nikmat. Sejauh ini perjalanan tertempa. Sejauh ini Allah telah benyak menduga, sejauh ini juga Allah menyedarkan saya bahawa saya ini cuma hamba-Nya.

Sehingga pada tahap yang sekarang, saya berpuas hati dan bersyukur dengan apa yang telah dilalui. Segala isi duniawi susah senang yang tiada tolok banding, tiada tara. Kejayaan datang berganti dengan naik turun kehidupan yang bersilih. Sepak terajang kehidupan semua telah saya lalui, laluan sehingga 26 Mei hari ini cukup panjang.

Terima kasih Allah yang memberi saya pinjaman yang fana, pancaindera untuk saya mengenali dunia, dan gerak hati untuk saya mengenal diri dan insan lain yang dihadirkan dalam hidup. Terima kasih kerana meletakkan hayat dalam nadi, sehingga saya mampu bernafas sehingga kini. 

Segala puji bagi Dia, yang menghidupkan dan mematikan.

Terima kasih kerana dihadirkan ibu bapa yang tidak putus asa cuba memahami, dan membesarkan saya sehingga kini. Meladeni segala karenah dan seribu satu ragam, seorang anak yang keras kepalanya seperti saya. Ketabahan itu yang saya pinjam untuk mendepani ragam hidup sendiri. Terima kasih Mak dan Abah,

Terima kasih keluarga yang memahami, yang berkongsi susah dan senang. Saling melindungi dan memahami apabila memerlukan.

Terima kasih rakan-rakan, sahabat jauh dan dekat yang menjadi nadi kehidupan. Menyokong dalam apa jua keadaan. Mengkritik dalam memberi kesedaran dan yang sudi menjengah nurani ketika kesepian.

Terima kasih para guru, rakan-rakan terbaik dalam hidup. Segala ilmu tiada dilupa.

Terima kasih semua.

Terima kasih Allah yang menghadirkan semuanya. Hidup ini anugerah terindah. Cukup indah.

Cover depan kad hari jadi sahabat-sahabat kelas 6 An-Nawawi I. Aha, terasa comel bila terpandang diri dalam lukisan ini.

Terima kasih kepada semua teman, kenalan dan guru-guru yang menyampaikan ucapan ulangtahun kelahiran baik melalui FB, secara bersua muka dan ucapan peribadi. Terima kasih atas kad, surat, hadiah dan 'cadbury'.Yang paling penting, terima kasih atas ingatan.

Ucapan anda menghantar pesan kepada diri bahawa saya semakin dewasa, dan bertanggungjawab untuk menghargai orang sekeliling.

Terima kasih banyak-banyak.

-
-
-
^_^

0 ulasan:

 
;