Memasuki Tingkatan Enam dan menjadi pelajar sekolah semula. Graduan SPM menakutinya. Saya tak sabar mahu menghadapinya, sehinggalah sampai detik 9hb yang lalu.
Pelik? Saya memang pelik, dari dulu lagi pun. Aha!
Sesi pendaftaran saya rasa semacam bersemangat terlebih-lebih, keluar sahaja daripada kereta, terus ke meja pendaftaran, mendaftar itu ini, membayar itu ini, semacam memasuki Tingkatan Satu semula.
Semangat itu diundang oleh rasa seronok yang teramat oleh guru-guru. Semacam berjanji, sesiapa pun sudah memang tahu, saya memang akhirnya ke Tingkatan Enam, dalam apa jua keadaan sehingga Isnin yang lepas harinya tiba. Guru-guru seronok, juniors lama saya pun seronok. Saya rasa terai (wah, ayat perasan!)
Bukan apa, rasa terai kerana saya sekali lagi menyertai keluarga SMKAP. Keluarga yang saya sayangi daripada pelajar hingga ke pentadbirnya. SMKAP sudah semacam rumah kedua. Saya mendewasa di sini dan belajar banyak erti di sini.
Membuat keputusan memasuki Form6 bukan mudah. Saya mendepani pertanyaan orang, menangkis tanggapan orang malah pernah terpaksa menadah amarah.
Menghancurkan harapan orang lain juga, rasanya.
Tetapi saya membulatkan tekad. Ini yang saya mahu. Ini yang saya cita-citakan. Kerana tekad yang membulat itulah saya hadir ke SMKAP dengan rasa yang membara, dan semangat yang berkobar-kobar. Mahu belajar, menjadi pelajar sekolah semula dan menjalani rutin asrama seperti biasa.
Percayalah saya, memasuki Tingkatan Enam tidak merugikan apa-apa. Malah anda mendapat apa yang anda tidak akan dapat jika menjadi pelajar IPTA terus.
![]() |
| Yusrin. ex-smkap |
![]() |
| Itu Zai. Dia tak jadi ke SMKAP. |
![]() |
| Ralit (konon) mendengar talimat Ustaz Wan Said. |
Minggu orientasi berjalan lancar. Tempoh paling baik untuk saling taaruf dan dalam masa seminggu sahaja kami sudah mampu mengenali antara satu dengan lain.
Oh ya, graduan SMKAP yang menuruti jejak langkah ke Pra-U ialah Iqbal, Nor Izzat Hanafi, Taufiq dan Afizah. Yang lain-lain semuanya kebanyakannya datang dari SMA Al-Ihsan dan SMA Bukit Ibam juga (yang lelakilah..)
Dalam masa seminggu mereka mengenal SMKAP. Harap-harap semuanya kekal di Pra-U. Mereka semua baik-baik dan teringin untuk berkawan lebih lama dengan mereka.
Hari kedua saya sudah ada task sebagai camera man cikgu Siti Nazirah yang telah mencabulkan kamera DSLR (hanataran) nya. Mencemar duli!
Khamis dan Jumaat persiapan anugerah kecemerlangan. Dan saya terlibat dengan persembahan.
Apa lagi, pantunlah! Haha.
Seperti saya pernah katakan dalam entri sebelum ini, Allah selalu memberi saya peluang untuk saya mendapatkan apa yang saya mahu. Masuk ke Tingkatan Enam satu kebanggaan dan kemenangan mutlak kepada diri. Alhamdulillah, harap ini yang terbaik.
Allah itu penilai yang sebaik-baiknya. Dialah yang Maha Menghakimi dan adil dalam meletakkan takdir.
Saya menerima diri saya ditakdirkan memasuki alam persekolahan dengan dada iman yang terbuka. Ini yang saya mahu, Allah telah beri dan saya harus melaluinya dengan cara yang terbaik.
Semoga Allah menjaga hati-hati yang telah saya luluhkan harapan mereka. Amin.
Terus terang, saya bangga menjadi pelajar sekolah semula.
Sangat bangga.
Lebih-lebih lagi di SMKAP.
Haha :D
Terima kasih foto ihsan: FB PIBG Smk Agama Pahang
^_^
-
-
-






0 ulasan:
Catat Ulasan