![]() |
| Foto Kredit : Facebook Che Din |
Pelantikan Dato' Kemala sebagai Sasterawan Negara (SN) ke-11 semalam sebenarnya mengingatkan saya kepada sajak masyhur beliau, Jangan Berduka Malaysiaku.
Sajak itu sendiri telah saya hafal, dan menghafaznya entah berapa kali. Terlalu banyak. Sajak itu yang membawa nostalgia saya bersama rakan-rakan sewaktu lewat persekolahan menengah tahun lalu.
Kelas saya, 5 Ibnu Khaldun juga sohor dengan persembahan pentomen. Kami tidak putus-putus memenuhi aktiviti persembahan sama ada di peringkat sekolah atau di kawasan komuniti Muadzam Shah juga. Boleh dikatakan dalam sebarang acara, ada sahaja muka-muka kami membuat persembahan.
Majlis perlawanan pantun persahabatan, program komuniti Muadzam Shah bersama Dato' Maznah Mazlan, sehinggalah Majlis Persaraan JPN Pahang. Kadang-kadang berpentomennya lebih, belajarnya kurang ;p.
Kami menggelarkan kumpulan kami Manikam Kalbu. Ahlinya anggota kelas saya, dibarisi beberapa orang pelakon tanpa suara, pelajar perempuan yang menyanyikan lagu 'Seloka Pak Kaduk' (ah, lagu ni kami sekelas puas hafal!) dan saya sendiri sebagai pelontar suara yang mendeklamasikan sajak Pak Kemala sebagai latar dan juga sebagai narrator.
Oh ya, kami selalunya juga dibantu senior kami yang cantik (ke?) Kak Ain Hamid (oh, dia senior sebab dia tingkatan enam) yang menjadi pasangan sajak saya dan sebagai narrator juga. Kadang-kadang kami juga dibantu pasukan Pantun. Juga junior kami, qari sekolah, Ahmad Zahiruddin yang menyampaikan syair dan azan sebagai latar.
Dan sajak 'Jangan Berduka Malaysiaku'-lah katar cerita kami.
Bertemakan patriotik, jalan ceritanya walaupun bukan sketsa dan pelakon memang tidak bercakap, tetapi lakonan kami memang menyentuh suasana hidup remaja. Temanya perjuangan. Untuk hidup. Memperlihatkan bagaimana pelajar-pelajar yang kita gelar 'pemalas..pemalas..samseng' yang ingkar untuk memperjuangkan hidup sehingga ingkar kepada ibu bapa. Akhirnya mendapat bala. Sesuai dengan lagu 'Malang Pak Kaduk' yang kami nyanyi sebagai penggerak cerita.
Ending kami sangat menyedarkan. Gejolak tiga pelajar jahat yang ditonjolkan berakhir tragedi. Mereka saling berbunuhan dan menyesal.
Betul! Sangat menyedarkan. Siap bertumpah-tumpah darah. Macam real je..
Ya, saya akui, kelas kami banyak terlibat dengan persembahan,walaupun juga terpaksa berdepan dengan SPM yang sudah tidak lama. Tetapi melalui persembahan pentomen kami semakin akrab. Saling mesra dan pengalaman berlakon sangat mahal.
Oh, terima kasih Cikgu Razali. Kalau tidak kerana cikgu, tak wujud pasukan Manikam Kalbu!
| Ending yang sangat menyedihkan dan mematikan. Huhu. (Saya yang bersorban di leher) |
| Mereka inilah yang menyanyikan lagu Seloka Pak Kaduk. Macam biasa, Umi leader! |
| Pijah dan Aisam; macam biasa juga, watak mak ayah yang diderhakai. |
| Ini persembahan kami sewaktu majlis bersama Adun Muadzam Shah. Dato' Maznah Mazlan. |
| Latihan Majlis Persaraan Ketua Pengarah JPN. Ehem..kadang-kadang kami bukan berlatih sangat. |
| Ini pasangan sajak saya. Kak Ain Hamid. |
| Jangan bagi saya mikrofon. Bahaya.. aha! |
| Berlatih di surau as-Syafie. Ambil berkat. |
| Belakang pentas. Majlis Persaraan Pengetua. |
| Inilah dia Manikam Kalbu sangat tu.. |
Aduh, rindu pula mereka. Rangkap akhir sajak "Jangan Berduka Malaysiaku" waktu kami beratur ramai-ramai dan dengan selamba kodoknya buat gaya rangkap akhir sajak tersebut part yang paling saya ingat.
Bersyukurnya saya dikurniai pengalaman sebegini.
Oh, kenapa nama kumpulan kami Manikam Kalbu? Baca sini.
Oh, part kami tunduk ramai-ramai sambil sebut "sekian Manikam Kalbu" pun best.
^_^
Belantara cinta insan
Dalam hidayat Tuhan
kucabut ranjau tujuh zaman kugenggam mutiara masa depan
Jangan berduka, Malaysiaku!



0 ulasan:
Catat Ulasan