Pengikut

30 April 2011

Pesta Buku


Kalau dapat duduk-duduk baca buku dengan Tan Sri macam ni pun dah okey! ^_^
(gambar ihsan Kosmo Online)
Sana sini bercerita tentang pesta buku. Pesta buku ialah pesta ilmu. Rugi jika sesiapa yang tidak berkunjung. Kata seorang teman, pergi pesta buku dapat pahala. Yalah, menjengah pesta buku bermaksud menjengah pesta ilmu juga. Bermacam-macam ilmu terkandung di dalamnya.

Semua orang sibuk mahu post "saya beli buku itu..saya beli buku ini". Tidak kurang memuat naik buku-buku hasil 'tangkapan' masing-masing. Ada penulis yang mula sibuk mempromosikan buku mereka (sebelum ini tak ada pula nak promosi-promosi ni, pelik bebenor). Launching buku sana, launching buku sini.

Di Facebook, ada yang siap tukar gambar profile dengan iklan PBAKL. Saya fikir nak buat perkara yang sama, tapi apabila difikirkan semula, "alah, aku bukan pergi pun!"

Kawan-kawan se-MPR membuat perjumpaan beramai-ramai. Tambah-tambah pula, dapat menge'pow' penulis Tai Mun Kit yang baru menerima dana RM20K daripada program Sejuta Impian bagi membiayai program penulisan kreatif. Selain makan, makan dan makan, entah apalah agaknya yang mereka gosipkan di PWTC. Rindu pula mereka.

Saya rindu kemeriahan pesta buku.

Almaklumlah, inilah pesta buku namanya. Nama pun pesta. Maka berpestalah kita!

Di sini tiada poco-poco, tiada dangdut. Yang ada hanya buku, buku, buku.

Ohh, semua ini mengundang iri dalam diri saya. Hati saya tertahan-tahan dengan betapa banyaknya godaan. Ajakan kawan-kawan di Dinding FB, SMS. Ah, dengki.

Akhirnya saya mematikan harapan, PBAKL tahun ni saya tak sempat jengah. Tahun-tahun mendatang, insya-Allah.

Tahun mendatang mungkin saya tidak hadir sebagai pengunjung semata-mata. Mungkinkah sebagai tetamu? Melancarkan buku?

Ah, itu semua angan-angan, tapi mudah-mudahan, boleh nyata, insya-Allah.

Oh ya, kepada anda ulat-ulat buku (juga kepada yang tak berapa nak berulat), esok masih ada untuk Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di Dewan Tun Hussien Onn, PWTC, Kuala Lumpur. Datanglah beramai-ramai. Berhujung minggu dengan timbunan buku-buku.

Untung-untung dapat buku murah-murah datang saat-saat akhir.

Ingat, pesta buku bukan hanya untuk penerbit, penulis atau penggemar buku. Tetapi pesta buku untuk semua rakyat Malaysia. Majlis ilmu tu..

Jangan jadi macam saya, tak bersiap-siap dengan ongkos, jawabnya "ko nak beli buku pakai air liur!??"

Kempunan buku, aha! Jangan jadi begitu ya. Cepat ke pesta buku!
^_^
-
-
-

2 ulasan:

MARSLI N.O berkata...

Sdr Shamsul: Selamat menjadi penulis.

MARSLI N.O

ABU berkata...

gud luck shamsul..

 
;