Pengikut

29 April 2011

Minggu Penulis Remaja 2011: Mohon Sekarang!




Seperti tahun-tahun sebelumnya, Dewan Bahasa Pustaka, sekali lagi mengadakan bengkel penulisan kreatif Minggu Penulis Remaja yang akan diadakan pada 29 Mei hingga 3 Jun ini.

MPR adalah program sistematik selama seminggu anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bagi melatih penulis remaja berbakat seluruh negara. Projek ‘anak angkat’ ini diilhamkan oleh beberapa pihak di DBP pada pertengahan 1980-an, termasuklah Datuk Johan Jaafar, En. Abdul Ahmad dan En. Ali Majod.


Syarat Penyertaan :

 Warganegara Malaysia yang berumur 17-21 tahun.
  • Pemohon mestilah pernah menghasilkan karya kreatif (puisi, cerpen atau novel) dan karya tersebut pernah disiarkan dalam mana-mana media penerbitan.
  • Bagi pemohon yang karyanya belum pernah disiarkan tetapi pernah menyertai  mana-mana peraduan / sayembara / pertandingan dalam bidang penulisan karya kreatif di peringkat sekolah / kebangsaan / antarabangsa juga boleh memohon menyertai MPR.
  • Setiap permohonan hendaklah disertakan salinan karya yang pernah disiarkan atau yang pernah dimenangi kepada pihak penganjur MPR.
  • Bayaran penyertaan sebanyak RM50.00 dikenakan kepada pemohon yang terpilih mengikuti program ini.

Untuk mendapatkan borang penyertaan dan keterangan lanjut, sila hubungi :

Urus Setia
Minggu Penulis Remaja (MPR) 2011,
Bahagian  Pengembangan
Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja,
Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera,
Aras 22, Menara DBP,
Jalan Dewan Bahasa,
50640 KUALA LUMPUR.
(u.p. : Zeti Aktar Jaffar)

 No. Telefon    : 03-2148 2704
 No. Faksimile : 03-2144 7269
 E-mel              : zeti@dbp.gov.my

atau memuat turun dari Laman Sesawang Dewan Bahasa dan Pustaka  : http://www.dbp.gov.my/

Tarikh Tutup Penyertaan :
Borang permohonan hendaklah sampai kepada urus setia pada atau sebelum 6 Mei 2011.  Peserta yang berjaya terpilih, akan dihubungi melalui telefon dan surat.

(Nota saya: Jika anda berbakat dalam bidang penulisan, sertailah MPR. Peluang anda untuk bersama penulis arus kebangsaan terbuka luas di sini. Malah anda menjadi insan yang berguna. Hehe)

Baca pengalaman saya semasa mengikuti MPR 2010 di sini dan di sini.
^_^
-
-
-

2 ulasan:

FahmiE berkata...

FB dah x boleh..huhu

Shamsul Amin berkata...

Tak apa.. FB bagi peluang dekat adik-adik yang nak jadi penulis ni.. huhu..

Kalau ada kenal sesiapa yang minat menulis, tolong promotekan!

 
;