"Bagaimana penglibatan anda dalam bidang kokurikulum membantu anda dalam mencapai keputusan yang baik dalam SPM?"
Kalau anda dikemukakan soalan yang serupa, apa jawapan yang terlintas dalam kepala anda. Baik kepada pelajar yang bergiat aktif dalam bidang kokurikulum, atau yang biasa-biasa saja, saya percaya tak semua orang mampu menjawab soalan ini dengan baik.
Kokurikulum. Tidak dapat tidak, memang banyak membantu dalam bidang akademik.
Pengalaman terpilih dalam sesi temu duga program ijazah luar negara JPA di UIA Indera Mahkota baru-baru ini memberi pengalaman lain kepada saya. Memberi peluang kepada saya menyoroti segala-galanya tentang diri, dan tentang kemampuan.
Walaupun mula-mula semacam saya mahu menguzurkan diri, pertama kerana belum bersedia ke luar negara, kedua saya mendapat tawaran belajar kursus yang bukan opsyen utama saya. Ketiga, oh ya, saya harus dalam bidang Linguistik, bukan Kewangan/Ekonomi.
Tapi difikirkan soal pengalaman saya turutkan jua.
Temu duga JPA lain daripada yang lain. Calon dikumpulkan mengikut kumpulan. Dalam satu kumpulan ada lima orang setiap satu, dan biasanya dicampurkan bumiputera dengan bukan bumiputera. Saya dikumpulkan dalam kumpulan (yang sepatutnya) saya bersama-sama seorang lagi Melayu dan tiga Cina. Tetapi yang datang hanya saya, dan dua lagi Cina, kedua-duanya lelaki.
Kami dibawa ke bilik panel. Alhamdulillah, saya mendapat panelis yang ketiga-tiganya lelaki, Melayu dan saya kira mereka ini baik-baik. Tidak terlalu memprovok malah agak longgar.
Empat sesi.
Pertama sesi perkenalkan diri. Lancar. Saya rasa tiada siapa-siapa yang bermasalah dalam hal ini.
Sesi kedua. Soal jawab, bahasa Inggeris. Waktu ni saya dah berpeluh-peluh, sejak meninggalkan sekolah dan kurang membaca bahan bacaan bahasa Inggeris, English skills saya mungkin sahaja semakin berkurang.
Mujur saya dapat dua soalan yang agak common, "kenapa anda pilih sastera ikhtisas?", dan "kenapa anda mahu belajar di luar negara?".
Dan saya rasa saya telah banyak tersalah tanggap tentang sastera ikhtisas, dan saya menampakkan kepada panelis saya memang tersalah pilih bidang (yang memang sengaja disalahkan).
Sesi ketiga, sesi bahasa Melayu dan saya mendapat soalan tentang kokurikulum.
"Bagaimana penglibatan anda dalam bidang kokurikulum membantu anda dalam mencapai keputusan yang baik dalam SPM?"
Nasib baik saya tiada masalah untuk bercakap secara spontan.
Pengalaman dalam bidang kokurikulum memang sangat membantu. Saya tidak menjawab fakta, tetapi menjawab dengan pengalaman. Jawapan itu datang fresh daripada orang yang mengalaminya.
Dalam-dalam ditanya, hati saya mengangguk menyetujui soalan tersebut. Kokurikulum memang membantu anda dalam SPM.
Dengan kokurikulum anda mengenal siapa anda, mengenal jati diri, dan bijak dalam hal pengurusan. Manusia yang terlibat dengan kokurikulum lebih menghargai masa, walaupun mereka selalu tidak sempat membereskan kerja rumah mereka sendiri, dan selalu skip ulang kaji pelajaran.
Tetapi pengalaman itu yang mempersiapkan kita untuk diadaptasi dalam hidup. Akademik salah satunya.
Sesi keempat, sesi bertanya kepada panelis. Saya bertanya kalau-kalau masih sempat tukar bidang tapi nampaknya saya terlambat.
Kata mereka, kalau nak tukar kursus susahlah.
Saya keluar dari bilik temu duga dengan rasa puas. Menimba pengalaman baru. Pergi dengan tiada sia-sia. Tak dapat pun saya tak kisah!
Tapi apapun, perkara yang saya mahu tekankan ialah kokurikulum sangat penting.
Tolonglah percaya..
^_^-
-
-


0 ulasan:
Catat Ulasan