Pengikut

05 April 2011

Kemantapan


Dan keputusannya..

Alhamdulillah, akhirnya semuanya telah selesai. Penat menghitng debar, titiknya temu pada 23 Mac yang lalu.

Daripada 83 calon, 4 orang calon mendapat 11A, 3 orang calon mendapat 10A, 6 orang calon 9A, 6 orang calon 8A dan 2 orang calon 7A.

Alhamdulillah, GPS sekolah juga meningkat daripada tahun sebelumnya. 3.05 kepada 2.83. Mendadak!

Keputusan SPM terbaik dalam sejarah penubuhan SMKAP.

Tahniah kepada semua calon, pentadbiran, guru-guru, staf-staf, orang-orang PPD dan JPN juga tak dilupakan ibu bapa yang banyak beri sokongan.

Last but not least, thank you Allah for everything. Most congratulations for Him, only.

Ini semua kita katakan berkat dan kerahmatan. Setiap apa yang kita kerjakan, berniat baik, berkelakuan mulia, dengan manusia dan Allah, akan dibalas dengan kebaikan juga. Allah mahu menguji kesyukuran dan keimanan kita. Elok hubungan kita dengan Allah, berjayalah kita. Tak molek tali kita dengan Allah, goyahlah kita.

Kepada mereka berjaya mencipta kejayaan baik yang luar biasa atau yang biasa-biasa sahaja, panjatkanlah syukur. Kejayaan itu sebenarnya tiadalah apa-apa selain hanya pemberian pinjaman daripada Allah supaya kita bersyukur dan berkongsi gembira dengan orang sekeliling sama rasa. Kemantapan itu menunjukkan kita ini orang yang dipilih Allah, sedang banyak lagi bahagian yang belum kita lalui pada masa hadapan. Bersyukurlah.

Kepada yang kurang berjaya, jangan cepat berputus asa. Setiap yang terjadi ada hikmah tersembunyi. Pun sama seperti kejayaan, kegagalan juga tidak kurang menguji. Bersyukurlah. Allah menjadikan semuanya terbaik. Jangan terlalu cepat berputus asa. Jangan jadikan kegagalan penutup segala cita-cita, kerana Allah mengagihkan peluang kepada semua manusia sama rata, rezeki sahaja yang berbeza bahagiannya.

Baik yang berjaya atau yang kurang bernasib baik, ingat SPM hanya sebahagian daripada sistem meritokrasi negara, yang menjanjikan kita kelayakan ke situ dan ke sini, berkerja itu dan ini, sedangkan masa depan itu haluan kita sendiri. Penentuannya oleh Allah yang esa.

Jadilah orang yang menilai usaha, bukan hasilnya.

Insya-Allah, Allah menjanjikan bahagian yang tersendiri untuk kita. Tunggu kita untuk berusaha ke arahnya sahaja.

Siapapun kita, tahniah semua. Kita semua dijadikan Allah untuk mendapat yang terbaik. ^_^

Prapengumunan SPM. Bilik Gerakan
GPS meningkat. GPS subjek pun meningkat. Cikgu-cikgu pun suka :)
Puan Nurul, Puan Suriha, Cik Faziyah, Encik Shahrul, Encik Shahi dan Puan Narizam
Doa sebelum pengumuman. Encik Nazori.

Antara ibu bapa yang hadir.
Kawan-kawan.
Kawan-kawan.
Tuan Pengetua mengumumkan keputusan SPM
Pelajar Terbaik SPM 2010. Nur Aini Abu Bakar, 11A.


Tahun ini sedikit kelainan daripada biasanya. Pengumuman peperiksaan SPM dibuat di Surau as-Syafie tidak seperti di dewan seperti selalunya. Moga-moga beroleh berkat.

Alhamdulillah, moga berkat ini berpanjanan.

Tahniah semua.

Terima kasih Cikgu Shukri atas foto daripada Facebook beliau. Lagi gambar di sini.

0 ulasan:

 
;