![]() |
| Pendebat yang terbaik dari ladang; Khairul Zafirah, Nur Imanina, Muhaimin, Aisyah, Nadia |
Dua tahun saya meninggalkan arena bahas, kali terakhir menyertai tahun 2009, di peringkat kebangsaan. Tahun berikutnya pertandingan bahas baik Piala Dato' Shukor atau ASAT langsung tak dilaksanakan di mana-mana peringkat. Khabarnya kerajaan tak ada duit [oops!], Kokuria langsung mansuh tahun lepas, kecuali Pesta Pantun yang diadakan terus di peringkat kebangsaan (bagi kami di Pahanglah..)
Sepanjang menganggur, saya berkhidmat penuh setia kepada sekolah, sebagai jurulatih kepada pasukan Kokuria, pantun dan bahas (bahas terutamanya). Saya ke sekolah dengan perasaan yang bermacam rencam, mahu bertemu guru-guru pascakeputusan SPM, berjumpa junior-junior dan mengubat rindu kepada sekolah.
Seronok. Tiga hari berlatih di Muadzam Shah, terus ke Rompin untuk pertandingan tetapi menginap di Pontian, Mersing, Johor. Semacam peringkat kebangsaan pula, padahal dekat sempadan sahaja. :D
Menggunakan label sebagai guru pembimbing, menjadi jurulatih yang baik [kononnya..] alhamdulillah semua wakil Kokuria SMKAP mendapat tempat.
Dan seperti biasa, SMKAP mewakili negeri Pahang ke peringkat kebangsaan dalam Pesta Pantun. Bravo!
Sambil-sambil melatih generasi pelapis ,dapat jugalah menghimbau rindu zaman-zaman berbahas dan berpantun dulu!
![]() |
| Mereka sangat sporting.. suka..suka..suka..! |
![]() |
| Bertafakur sambil post mortem selepas kalah separuh akhir. |
| Pasukan bahas dengan guru pembimbingnya yang suka mengaku GSTT. ;p [alhamdulillah..] |
| Pasukan pantun, seperti biasa. Johan. Merahnya mak ngah! |
| Pasukan Pantun. Oops.. yang tengah berblazer tu Pidato SM: Nur Athirah Fitri |
| Guru pembimbing (Cikgu Nazirah) dan senior-senior yang banyak membantu: Aimi, Muzammil, Hamdan dan saya. |
Mengikuti pertandingan-pertandingan sebegini, walaupun tidak sebagai peserta tetapi lebih kepada sebagai orang yang memerhati tetap mendatang rasa haru dan seronok. Masih dapat mempelajari erti penat lelah, ukhuwah dan belajar bagaimana untuk menjadi orang yang sabar dan tekun mendapatkan sesuatu.
Mereka yang beri saya pengalaman; guru-guru dan pelajar. Moga silaturahim ini berpanjangan.
Terima kasih kepada pengalaman. Dan terima kasih Allah kerana tidak memutuskan hubungan saya dengan pengalaman itu.
^_^
-
-
-





0 ulasan:
Catat Ulasan