![]() |
| Tsunami Jepun 2011. Foto ihsan: nydailynews.com |
Mujur saya tiada teman yang dikenal di sana. Cuma risaukan penuntut-penuntut dan pemastautin dari Malaysia ke sana. Saya doakan Allah berikan mereka perlindungan, juga memberikan kesabaran kepada seluruh penduduk Jepun yang terjejas.
Kehilangan nyawa orang yang disayangi, kemusnahan harta benda, limpahan tenaga nuklear yang membebaskan radiasi serata tempat, kemunduran ekonomi, kerosakan segala-galanya.
Ini semua musibah Allah. Untuk negara kafir seperti Jepun, anggap sahaja musibah alam ini suatu peringatan kemurkaan Allah terhadap kemaksiatan di pelosok yang lain. Musibah sebegini memperingatkan kita supaya bersedia dan memperincikan keimanan ke tingkat yang paling terbaik (bukan selesa), musibah itu datang tujuannya menguji.
Hikmah juga boleh jadi. Siapa kita mahu menilai hikmah, tetapi itu semua wajib kita imani.
Musibah juga tanda Allah berkuasa ke atas segala-galanya.
Pulau Honshu gempita dengan gegaran berukuran 8.9 pada skala ritcher. Tsunami melanda. Membuktikan betapa bijaksana dan berkuasa Allah mengaturkan alam. Anggap sahaja ini amaran daripada-Nya. Manalah kita tahu. Hikmah itu selalunya tersembunyi.
Juga Allah menyiratkan kebijaksanaan-Nya melalui kisah tsunami Jepun 2011 ini dengan amaran yang langsung tidak kita duga.
Amaran Allah datang tiada terduga. Tanda-tanda awal selalu ada.
Gambar-gambar di atas menunjukkan ikan-ikan tuna yang berenang dalam kumpulan ke pesisir pantai Kepulauan Honshu beberapa jam/minit tsunami terjadi. Andainya tanda-tanda terlebih awal disedari..
Allahu akbar! Inilah hikmah dalam musibah. Musibah ini telah menggerakkan para saintis untuk mengkaji fenomena ini.
Hak cipta gambar AFP dan Reuters. Kredit kepada www.mediamalaya.com
Dalam musibah juga, masih ada Allah membiarkan insan-insan yang memang tidak dijaga sensitivitinya untuk memperlihatkan ketidakwajaran dalam kasus serumit tsunami. Lihat sini dan sini.
Oopss! Saya tidak berniat untuk memperbesar-besarkan keadaan ya. Cumanya perkara-perkara yang tidak baik mudah dikenang daripada perkara-perkara yang baik.
Berbalik kepada hikmah dalam musibah. Jika insan-insan yang saya labelkan 'kurang reseptor' ini tidak menunjukkan ketidaksensitifannya, kita tidak akan tercuit, dan tidak akan menunjukkan sebarang amarah. Malah mereka juga tidak akan belajar daripada kesilapan melalui Twitter dan lakaran kartun yang mereka tunjukkan.
Ingat, dalam musibah, Allah selalunya menghantar hikmah buat manusia, sesiapa sahaja.
Kalau tidak, takkanlah perempuan gila ni juga masih boleh tercuit dengan cerita tsunami dan masih boleh peka. Semuanya kerana hikmah.
Renungkanlah di sebalik apa yang terjadi.
Ingat Allah ada di sebalik semua ini.
![]() |
| Foto-foto hasil carian Google |










0 ulasan:
Catat Ulasan