| Barisan pemantun 2011. Dari kiri Ilya Izzaty, Siti Suhana (pelapis), Faznurqizam, Hazirie, Ilma Nadhira, dan Siti Zafirah |
Itu sahaja niat itu yang utama.
Hati saya berdebar-debar ke SMKAP. Mahu memberi tunjuk ajar kepada pemantun baru dan berkongsi pengalaman. Harapan saya cukuplah kedatangan saya sudah boleh memudahkan tugas orang lain.
Menjadi tenaga pengajar memang seronok. Pemantun baru tidak banyak karenah. Saya dapati mereka memang komited berpantun. Bukan menyertai suka-suka. Mereka juga cepat mengatasi masalah masing-masing.
Lebih-lebih kurang kami yang berpantun jugalah mereka ni. Sangat happening dan mengujakan. Saya pun jadi tak kekok. Mereka cepat belajar dan memang menyertai Pesta Pantun kerana berminat, bukan dipaksa.
Mereka bertuah, kerana dipilih untuk berpantun dalam usia yang muda. Banyak peluang untuk lebih belajar dan menimba pengalaman dalam pertandingan Pesta Pantun.
Berkat usaha mereka, alhamdulillah, SMKAP sekali lagi johan peringkat daerah. Suka saya, tidaklah sia-sia tiga hari berkampung di SMKAP.
Tahniah. Kerana tidak mensia-siakan kehadiran saya, terima kasih pemantun.
Terima kasih cikgu-cikgu yang memberikan layanan yang baik kepada saya.
Aduh, duduk di SMKAP dua tiga hari, rasa semacam mahu tinggal terus di SMKAP.
Boleh? Haha..
Saya kena tunggu bulan Jun lah..
| Bersama naib johan; pemantun-pemantun SMK Muadzam Shah |
| Menang, sukalah tu! |
| Bergaya pun tak kalah...Busana ungu memang bawa tuah. |
| Buat-buat comel pulak mereka ni.. Haha |
Sempat jugalah jadi penanda kertas peperiksaan untuk cikgu. Haha..
Rindu SMKAP!


0 ulasan:
Catat Ulasan