![]() |
| Kuantan Click, Teluk Cempedak |
Benarlah, kegilaaan dan keremajaan itu memang tidak dapat dipisahkan. Saya (yang suka memerhati tingkah manusia) selalu melihat manusia, tidak kira remaja, orang dewasa atau siapapun, jika obses akan sesuatu perkara, akan menjadi kegilaaan. Kegilaan ini pula terbagi pula kepada yang baik dan yang buruk.
Kalau yang baik itu, baguslah. Manusia kalau gila akan sesuatu perkara, dia akan berbuat apapun untuk mencapai impian yang mahu diraih. Kalau yang tak bagus, alamak, kegilaan boleh menjadi racun!
Kegilaan yang saya ingin bebelkan dalam post kali ini ialah Gila DSLR yang saya percaya telah menular dalam kalangan anak muda seusia saya. Anda juga mungkin?
Dunia digital sekarang semakin berkembang. Kamera digital kompak kini menjadi semacam permainan budak-budak cuma. Orang zaman Facebook sekarang semakin terkejar-kejarkan kamera digital DSLR. Paparan mungkin lebih memkat kalbu. Saya sendiri akui. Sentuhan DSLR lebih baik daripada kompak.
12 Februari, saya ke Teluk Chempedak bersama rakan sekelas Arif Zaidi bagi mengikuti bengkel fotografi yang diberi nama Kuantan Click (yang sebenarnya menjelajah ke beberapa buah bandar di semenanjung) anjuran Cek Nek Productions.
Sungguh memenatkan. Anda bayangkan kami belajar mengambil gambar dari jam 9 pagi sehingga berakhir 7 malam begitu. Sangat memenatkan, tetapi berbaloi!
Diberi tunjuk ajar oleh empat orang kuat Cek Nek Productions (CekNek, Farid, Atok, dan Fendy), sebanyak 10 subjek asas fotografi diajarkan, termasuklah Panorama 180/360, Apperture, Makro, Potret, White Balance dan macam-macam lagi. Ilmunya bukan calang-calang, walaupun mungkin dikatakan asas tetapi saya kira itulah key utama fotografi!
Untuk bercerita satu-satu, memanglah memenatkan. Lihat sendirilah di sini untuk maklumat lanjut. Manalah tahu anda berminat?
![]() |
| Subjek: Panorama. Foto Ihsan FB: Deeba Mazlan |
![]() |
| Subjek: Apperture. Foto Ihsan FB: Ilya Dayana |
Dalam program inilah, saya melihat kegilaan itu. Yalah, apabila orang-orang yang mempunyai minat yang serupa dikumpulkan, maka di situlah kita dapat lihat kegilaan.
Untuk memilikinya sendiri memanglah mahal. Harganya menjangkau beribu-ribu juga. Appearancenya cantik, gambar juga berkualiti, sentuhannya luar biasa. Menangkap jiwa!
Tidak ramai yang menyertai program berkenaan memiliki DSLR. Setelah cuba menggunakannya, yang baru cuba, semuanya bercita-cita untuk memilikinya. Sanggup pula tu berjanji kepada diri sendiri untuk mengumpul sumber kewangan untuk memilikinya.
Itulah kita namakan kegilaan! Gila DSLR!
Tetapi saya lebih tertarik dengan kata-kata cikgu fotografi saya, Farid Doze
'kamera yang mahal tidak semestinya jaminan gambar yang cantik tetapi cara penggunaan adalah penting kerana itu lah jaminan kualiti gambar anda '.Betullah..
![]() |
| Anda minat fotografi dan gila DSLR? Kejarlah Click! |






2 ulasan:
ak tau ayat pidato ats skali 2 M.U slalu sebut dlm pidato die
Ha'ah.. cikgu razali memang suka guna kata-kata tu..
Catat Ulasan