| Allayarham Dato' Sudirman Haji Arshad |
Banyak versi yang saya dengar tentang Sudirman. Termasuk kajian melalui internet. Tentang riwayat hidupnya, permulaannya, kesanggupannya meninggalkan kerjaya sebagai seorang peguam untuk menjadi seorang penghibur, ceritera kejayaannya, dan paling menyayat hati kisah kepergiannya.
Anak muda sekarang terlebih mengenali Siti Nurhaliza, mereka terlupa sebelum Siti, Malaysia punya Sudir.
Orang Temerloh. Iya, orang Pahang. Saya tumpang bangga.
Tarikh lahir Sudirman pula awal sehari dari tarikh lahir saya. Sudirman lahir 25 Mei, saya 26 Mei!
Banyak juga lagu Sudirman yang menggamit saya. Terutama lagu Merisik Khabar yang liriknya sangat mencuih hati. Juga lagu Milik Siapakah Gadis Ini yang sangat nostalgik, dan Nilai Cintamu yang memesan saya supaya menghargai sesiapa sahaja di sekeliling.
Bertuahnya Malaysia kerana punya yang berjiwa besar sebegini. Yang menyatukan rakyat melalui lagu-lagunya.
Juga mengangkat golongan marhaenis.
Ah, bercakap tentang Sudirman memang tidak akan habis! Klik sahaja link ini.
22 Februari genap 19 tahun kepergian beliau ke Rahmatullah. Lagu-lagunya sentiasa menghantar pesan kepada kita dan bersenandung dalam siulan kita selalu. Jasadnya telah bersemadi di alam 'sana'.
Al-Fatihah Allayarham Sudirman Haji Arshad.
DirRahim Maarof
Kemboja berguguran memutih
Menemanimu ke jalan akhir
Persada seni yang kau terangi kini sepi
Suara jenaka dan gurauan
Di sebaliknya kau kesepian
Mimpi-mimpimu retak seribu
Tak siapa yang tahu
Dir...
Tuhan lebih menyayangi
Dari kami temanmu yang tak pernah mengerti
Dir...
Hanya setelah kau pergi
Kehilangan amat dirasai
( tak siapa yang tahu...)
Suara jenaka dan gurauan
Di sebaliknya kau kesepian
Mimpi-mimpimu retak seribu
Tak siapa yang tahu
Kehilanganmu...
Kehilangan... kehilangan... mu...
Oh... oh... oh...


0 ulasan:
Catat Ulasan