![]() |
| Sejuta Cinta Marshanda |
Semenjak menjadi penganggur sepenuh masa selepas tamat SPM, masa saya (selain berlaman sosial dan menulis) masa saya lebih banyak dibazirkan ke TV. Banyak drama-drama antarabangsa yang mengisi slot di kaca televisyen, terutama di stesen televisyen swasta dan berbayar.
Entah apa yang menarik minat sehingga drama Korea lewat belakangan ini menjadi kegilaan ramai. Saya sendiri pernah menonton drama Korea di TV3, Thank You [itu sahajalah drama Korea yang saya tonton]. Saya akui, heronya mungkin sahaja kacak, jalan ceritanya dramatik, pengajaran juga sarat terkandung, tetapi sehingga menjadi kegilaan, itu sangat menghairankan.
Sekarang ini, TV3 menyediakan slot khusus untuk drama Indonesia, Sinetron. Waktu siarannya 2.00 petang-3.00 petang. Dan-dan suri rumah siap memasak, solat Zuhur, siap-siap sahaja, mereka terus tertancap depan TV, menonton Sinetron, lanjut pula dengan slot Telenovela. Pandai betul TV3!
Petang-petang, sambil-sambil ber-FB dan mencari maklumat dan ilmu bantu, sekali-sekala saya melayan juga drama-drama di televisyen.
Deus Ex Machina & Ketidaklogikan
Pernah anda dengar istilah Deus Ex Machina? Anda tahu bila ungkapan ini digunakan dan merujuk kepada apa?
Istilah ini saya kenal dalam subjek Kesusasteraan Melayu lewat SPM dulu (doakan saya A+!). Istilah ini merujuk kepada 'pertolongan' atau 'keajaiban' atau 'kebetulan' yang tiba-tiba muncul pada akhir cerita untuk menjadikan cerita itu menarik. Kononnya!
Ya, memang istilah sastera, yang digunakan dalam cereka atau drama. Istilah ini muncul dari teater Rome dan Itali pada awal 400 tahun sebelum Masihi yang membawa maksud "god from machine"; iaitu suatu teknik pementasan teater.
Set pementasan di teater klasik mereka mempunyai satu platform bertali (mesin) yg berada di bahgian atas pentas di mana menempatkn pelakon-pelakon yang memegang watak-watak Gods (Apollo or Athena) yg tinggal di Mount Olympus. Watak-watak manusia yg berlakon di atas pentas akan berlakon sehabis teruk dengan berbagai konflik cerita yang tidak berkesudahan sehinga penonton benar-benar terasa tension, resah, gelisah & berdebar-debar seolah-olah tiada jalan penyelesaian yang dapat dicari! Maka, di saat klimaks itulah watak-watak Gods ini diturunkan menggunakan tali dan takal ke bahagian pentas watak-watak manusia tadi utk menyelesaikan sebarang konflik yg berlaku. Watak-watak Gods itu akan menentukan misalnya siapa yang hidup, siapa yang mati, siapa kawin dengan siapa, siapa yang dihukum, siapa yg dibebaskan, dan sebagainya.
Sumber: sini.
Masih belum jelas. Beginilah pernah anda terbaca suatu cerita atau menonton drama TV yang babaknya katakan begini:
Seorang anak semenjak kecil suka melawan cakap ibu dan ayahnya, sehinggalah dia besar dia menjadi anak yang sangat biadap, membuang keluarga, malah tidak mahu mengaku ibu dan bapanya. Walhal, dia sekarang telah dewasa. Tentu sahaja kita sebagai pembaca atau penonton terasa amat geram dengan watak tersebut.
Nak dijadikan cerita, ketika watak tersebut sedang berada di halaman rumah, langit tiba-tiba menjadi gelap, ribut taufan melanda, watak tadi tidak semena-mena dipanah petir sebagai balasan akan kederhakaannya dan sebagai keadilan untuk semua watak dalam cerita, sekaligus sebenarnya menjadi penamat yang adil bagi cerita tersebut.
Nah, jelas kan? Itulah Deus Ex Machina!
Tanpa kita sedari, kaedah penulisan tersebut tersebut telah banyak digunakan oleh penulis karya atau penulis skrip untuk menyedapkan atau merumitkan jalan cerita. Kalau dulu Deus Ex Machina hanya digunakan sebagai penyelesaian untuk menamatkan cerita, tetapi kini kaedah itu telah digunakan untuk menyedapkan cerita, merumitkan keadaan, menyelamatkan keadaan. Tetapi kebetulan yang ditonjolkan banyak yang tidak masuk akal dan hanya menambahkan geram kita.
Termasuklah juga drama-drama Indonesia.
Sejuta Cinta Marshanda: Yang Menggeramkan!
Tentu suatu ketika dulu anda tentu pernah ingat drama Indonesia, Bawang Putih Bawang Merah yang menjadi kegilaan seluruh rakyat Malaysia suatu ketika dahulu.
Bagaimana jalan ceritanya? Perasan tidak, banyak menggunakan prinsip kebetulan terancang, yang kebanyakannya mungkin sahaja terjadi, atau mungkin sahaja bak kata Agnes Monica, 'tak ada logika!'.
Contohnya apabila Alya si bawang putih itu ditimpa musibah, cepat sahaja Putri seekor pari-pari datang menunaikan permintaannya. Yalah, boleh sahaja kita katakan drama itu bercorakkan fantasi. Boleh sahaja terjadi Deus Ex Machina. Tetapi pengakhirannya? Haha.. kita semua memang tertipu!
Lewat menonton Sejuta Cinta Marshanda, saya dapati coraknya juga sama. Menggunakan kebetulan yang dirancang, dan tidak masuk akal. Sengaja menambahkan perasa dalam cerita, walhal mengundang geram dalam diri kita.
Di sini saya sertakan satu contoh episod Sejuta Cinta Marshanda, ayuh mari kita selidiki, di mana ketidaklogikannya dan di manakah penulis skrip sinetron ini menggunakan Deus Ex Machina untuk menyedapkan cerita dan membuatkan kita geram.
1. Perhatikan Mak Cik Anita sedang berkereta dan memikirkan tentang Marshanda yang selalu dibayangkannya sebagai anak kandungnya. Dan-dan sahaja ketika dia memikirkan tentang Marshanda, Marshanda muncul di tepi jalan. Aduh! Saya perhatikan ini bukan yang pertama, malahan banyak kali terjadi dalam drama ini, jika suatu keadaan terjadi, pasti ada seseorang watak muncul tanpa diduga dan tak disangka-sangka, untuk mengapikan lagi jalan cerita.
2. Marshanda sedang mencari rumah peguam (Encik Lukhman) yang bertanggungjawab dalam perbicaraan ibunya. Mak Cik Anita menawarkan untuk mencarikan Marshanda kediamannya. Enteng sahaja ketika Marshanda menghulurkan kad nama untuk menunjukkan alamat yang mahu dia tujui kepada Mak Cik Anita, tiba-tiba angin datang menerbangkan kad nama tersebut. Kerana penonton sedia maklum Encik Lukhman itu bekas suami Mak Cik Anita yang dicari-carinya selama ini. Senang-senang dia kata "Ditiup angin!"
3. Marshanda berkereta bersama Mak Cik Anita untuk mencari kediaman Encik Lukhman. Mereka pusing sebanyak tiga kali namun masih belum menemukan Blok 6. "Cuba tante lihat alamatnya" Mak Cik Anita meminta alamat pada kad nama. Tiba-tiba Marshanda menjerit "Itu dia tante Blok 6!" sambil mengambil kembali kad nama. Kalaupun dia sudah menemukan papan tanda Blok 6. Haruskah dia mengambil kembali kad tersebut?
4. Ketika Marshanda dan Mak Cik Anita mahu berjumpa Encik Lukhman di kediamannya. Perhatikan, barang-barang Mak Cik Anita terjatuh dan mukanya terlindung dan tidak dapat melihat muka Encik Lukhman (bekas suaminya tanpa disedari.) Namun baru menyedari lelaki yang mahu dijumpai mereka itu ialah bekas suaminya apabila Marshanda menyebutnya.
5. Perhatikan ketika Mak Cik Anita memecah masuk ke rumah Encik Lukhman untuk berjumpa bekas suaminya. Sempat sahaja Encik Lukhman menggantikan tempatnya dengan orang lain untuk mengelirukan Anita. Persoalannya dari manakah lelaki itu datang? Adoi!
Drama Indonesia= Fairly OddParents
Sebenarnya bukan sahaja drama Indonesia yang menggunakan Deus Ex Machina untuk menyedapkan cerita. Banyak juga drama antarabangsa, juga drama tempatan yang menggunakan prinsip yang serupa. Tetapi tidaklah semelampau drama-drama Indonesia.
Daripada menonton drama-drama sebegini yang menambahkan rasa geram kita kepada jalan ceritanya memakan beratus-ratus episod, lebih baik saya menonton kartun Fairy OddParents. Di saat kekalutan melanda jalan cerita, Timmy boleh berubah menjadi apa sahaja apa yang dia mahu.
Dan untuk menyelesaikan masalah dan memberikan ending terbaik di sebalik kekalutan yang melanda, mudah sahaja dia menyebut "jadikan semuanya seperti asal!" dan semuanya berbalik seperti sedia kala.
Iyalah, Timmy kan seekor pari-pari!



0 ulasan:
Catat Ulasan