Pengikut

18 Januari 2011

Sekian daripada Kami: Manikam Kalbu!


Hampir sebulan zaman persekolahan saya tinggalkan, Terus terang saya rindukan bermacam-macam di SMKAP. Rindukan halaqah tafaquh, rindukan ta'lim asar, rindukan al-ma'thurat, rindukan dewan al-farabi, rindukan guru-guru, rindukan tugas yang menghambat, rindukan deadline kerja rumah, rindukan segala-galanya tentang SMKAP. Semua itu semasa bersekolah nampak sebelah mata sahaja, tetapi di dunia luar sekarang, pengalaman-pengalaman itu menjadi terlalu mahal, dan menjadi sesuatu yang manis untuk dikenang-kenang.


Paling saya rindukan ialah rakan-rakan sekelas saya. Saya namakan mereka geng Manikam Kalbu. Sejarah nama tersebut hanya kerana guru kelas kami ketika itu, Cikgu Suhaili menggemari karya-karya Faisal Tehrani termasuklah Manikam Kalbu. Saat kami harus membuat persembahan pentomin, Cikgu Razali meminta kami menamakan kumpulan pentomin kami. Cadangan saya, Manikam Kalbu, semua terima.

Al-kisahnya, berakhir sahaja persembahan pentomin kami di mana-mana, kami tunduk kepada audiens dengan ucapan penutup "sekian daripada kami, Manikam Kalbu.."sambil tunduk. Semua audiens pun berdiri dan tepuk tangan macam standing ovation gitu.

Standing ovation? Hah, berangan... Koya!

Dalam catatan kali ini, rentetan rindu kepada mereka semua, setakat bertegur di FB semata-mata saya ingin menulis tentang mereka.

Kita mulakan dari kiri dengan:

Shahmi
~Seorang yang sangat menghiburkan. Selalu kamcing dengan Faridzat, ke mana pun. Saya tak dapat menyembunyikan rasa kagum saya kepadanya dalam subjek Matematik Tambahan. Selalu juga menjadi tempat rujukan saya bertanya itu ini. Kalau saya bertanya soalan Add Math kepada Cikgu Suhaili, cikgu pasti menjawab "cuba awak tanya Shahmi..". Paling tak dapat lupa dia menyanyi lagu "Bila Rindu" di bilik 3 dengan penuh perasaan! Kelakar!

Aisam
~ Pilihan utama dalam buat persembahan .Dia sering menjayakan watak orang tua dalam pentomin kami dengan jayanya. Angkaranya, sayalah! Saya yang mencadangkan Cikgu Razali,ambillah Aisam. Tubuhnya yang kecil tegap sesuai dipadankan dengan Afizah. Aisam juga selalu merah matanya, menyebabkan saya selalu fikir kenapa budak ni merah mata hari-hari.Rupa-rupanya dia suka tidur dalam kelas. Patutlah..

Taufiq
~ Dia masuk ke kelas kami ketika dalam Tingkatan Empat. Dari maahad tahfiz katanya. Dia duduk di sebelah saya. Kami rapat, maklumlah duduk sebelah-sebelah, tetapi saya paling tak tahan perangainya yang suka conteng-conteng tangan saya ketika cikgu mengajar. Dia juga selalu mengadu dekat cikgu kalau-kalau saya tidur sewaktu kelas Add Math.Hah!

Muzammil
~ Kawan yang saya anggap antara yang saya rapat. Dari tingkatan satu sampailah tingkatan lima, kami sekelas,kecuali sewaktu di tingkatan dua. Dia selalu membuatkan saya ketawa memanjang. Memang dia punya daya humor yang saya anggap tiada pada orang lain. Kalau dia diam, saya rasa sangat tak senang. Dalam kelas, dia semacam penghibur kami. Dialah yang memperkenalkan saya dalam dunia pantun dan mengajar saya segala-galanya.

Arif Zaidi
~ Dalam kelas dia duduk di sebelah saya, tapi di sebelah sana. Jadi senanglah kalau-kalau saya ada masalah dalam Add Math, terutama sewaktu kelas Teacher Nurul, saya rujuk dia. Penggemar sambal, yang saya tak boleh lupa dia boleh meneguk satu plastik sambal Moksu sampai habis! Saya selalu gelarkan dia genius, ya, dia memang genius.

Shafiq
~Ketua kelas yang agak serabut.Selalu lupa untuk ambil refill marker, dan kami pula sering menyorokkan marker di atas whiteboard. Dialah yang memesan Mocha di Starbucks meminta saya belanja pada suatu Ramadhan, sedangkan saya hanya minum Americano Espresso. Dalam hati saya kata eiii, budak ni melampaunya, aku minum Espresso je! Tapi kawan punya fasal, belanja sajalah. Bukan selalu..

Hanafi
~Dia tak suka siapa-siapa memanggilnya 'Hanafi', tetapi saya suka memanggilnya begitu. Dia lebih senang disapa Napi, yang saya kira nama itu tak bermaksud. Antara orang yang saya kira agak senang untuk berbual, almaklumlah, kami sama stream. Setiap kelas, kami duduk sebelah-sebelah. Kalau saya bosan, saya duduk borak dengannya, bercerita tentang pelajaran, persekolahan, personaliti sehinggalah menjalar kepada perkara-perkara yang lebih peribadi.

Auf
~ Kalau saya teringat mamat seorang ni,spontan saya teringatkan seseorang, 'N' namanya. Auf terkenal nakal, tetapi saya tahu hatinya sangat murni dan baik hati. Saya selalu mencuba-cuba membaca hatinya, supaya saya boleh kenakan dia dengan N. Saya kepoh dalam kelas. Kalau saya bising ketika cikgu sedang mengajar, dialah orang yang menjerit dari sebelah sana, "oi, diamlah..!"

Aminur Aziem
~Saya suka perwatakan sopannya. Badannya sasa tetapi peribadinya tak seperti yang kita sangka. Kita sangka dia gangster, tetapi dia mudah cair kepada perempuan. Saya suka melihat pagi-pagi selepas Subuh, saat semua pelajar terkocoh-kocoh keluar surau mahu cepat, dia setia dengan tafsir pemberian ibunya.

Faridzat
~Kononnya dalam kelas kami, dia paling 'macho'. Tak hairan kenapa ramai junior kami suka dia. Haha, pantang dibuat gurau, boleh mudah marah dan bengang.

Iqbal
~ Kawan yag duduk sebelah saya. Dialah saat-saat saya berputa-puta dengan masalah apa pun, saya akan berjumpa dengannya. Seorang yang sangat menyimpan rahsia, dan dia memang menyimpan rahsia besar saya. Saat saya bermasalah dengan orang itu dengan orang ini, dia orang pertama yang saya beritahu. Tak boleh lupa saat kami sebilik sewaktu SPM, tiap-tiap malam Bollywood!

Deqno
~ Pengalaman berseteru dan tidak bertegur sapa dengannya dalam tempoh yang lama sangat mengiktibarkan saya. Saya suka menggelarnya adik, kerana tubuhnya yang kecil walhal saiz kami lebih kurang sahaja. Kami selalu saling ukur siapa lebih tinggi. Saya harus mengaku saya suka melihat mukanya yang comel-comel, macam budak-budak, dan inilah modal usikan saya. Pantang tiada guru dalam kelas, mesti tidur!

Fadilah
~ Orang yang menyediakan Surah Yaasin tiap-tiap pagi. Saya dan Muzammil selalu mempersendakannya sebagai 'pai'. Paling tak tahan mendengar dia gelak, betul-betul menunjukkan bahawa dia gembira. Seorang yang sangat komited dengan kerja-kerja rumah, pantang sahaja ada homework, pasti ditekuninya. Dah tak pandang dah orang lain!

Asma
~ Beliau ini anak saudara kepada Abu Hassan Morad dan sepupu kepada Ummu Hani Abu Hassan. Cuma saya pelik kenapa darah penulis tak tumpah kepadanya. Antara orang yang sangat saya senangi dan saya rapat amat. Pun kalau ada masalah yang boleh saya ceritakan kepada perempuan, dialah antara pendengarnya. Suka bercerita tentang keluarganya.

Nadiah
~ Saya suka mengusik dia. Modal saya tak lain tak bukan 'A'. Tetapi kagum dengan sikapnya yang buat tak endah sahaja, tabahlah. Dia seorang kakak yang baik juga, melalui cerita-ceritanya, saya tahu dia seorang yang sangat bertanggungjawab. Juga seorang penolong ketua kelas yang baik.

Ruzaini
~ Saya mengenalinya semenjak di sekolah rendah lagi. Bezanya di sekolah rendah dia seorang yang agak pendiam, di sekolah menengah dia lebih banyak bercakap. Muzammil sering menggelarnya 'carrot' dan selalu berangan-angan dengan dunia carrotnya.

Aina
~ Antara orang yang pergi awal pagi ke sekolah juga waktu prep. Kalau datang awal,dia akan membelikan air cincau terlebih dahulu untuk rakan-rakannya.

Shakira
~ Saya tak faham dengan keadaan dia yang selalu sahaja sakit dalam kelas, entahlah dia mencuri perhatian siapa. Suka membuat muka tension, menyebabkan sering sahaja menjadi bahan usikan Muzammil. Mungkinkah dia cuba untuk menarik perhatian seseorang?

Afizah
~Sikapnya yang makcik-makcik menyebabkan dia senarai utama saya untuk saya cadangkan kepada Cikgu Razali untuk watak makcik. Mulutnya yang kepoh-kepoh semacam watak kampung yang steorotaip. Sangat menghiburkan apabila berborak dengannya, sering sahaja bercanda dengan Aisam. Macam kekasih.

Huda
~ Tak habis-habis dengan dunia k-popnya. Di atas mejanya sahaja penuh degan gambar bintang korea segala macam. Dia duduk barisan paling belakang dalam kelas, sebelah sana. Sering menjadi bahan usikan Faridzat, Aisam dan Hanafi. Dialah tempat saya bergantung harap ketika saya lapar sewaktu prep petang atau prep Sabtu. Sebab dia punya banyak stok makanan!

Adibah
~ Antara orang yang saya rapat juga. Kalau cuti-cuti kami selalu pergi ke perpustakaan, almaklumlah rajin membaca. Dalam kelas, dia sekepala dengan Muzammil, ada-ada sahaja idea lawaknya dengan Muzammil.Saya tumpang gelak sajalah. Tak dapat lupa pengalaman kami menyertai World Walking Day di Kuantan. Memang best! Saya pernah berseloroh dengannya "Dibah, nanti aku kahwin aku buat dekat Annexe tau, dekat dengan rumah kau je..datanglah.."

Umi
~Waktu Akaun,kami duduk sebelah-sebelah. Ini semua penangan Cikgu Suriha, kononnya supaya kami tak mengantuk. Dia suka menyanyi dalam kelas, terutama lagu-lagu Siti Nurhaliza. Kalau ada sahaja cerita tentang Siti, dia mesti khabarkan kepada saya. Gayanya bersin juga kelakar, tetapi comel! Sebijik macam Hanafi bersin!

Siti Mahfuzah
~ Kami sering menabur 'fitnah' kepada Mah dengan niat sengaja berseloroh. Konononnya Mah suka menari, bercouple dengan orang tu, orang ni, kerana kami tahu itu ialah sifat yang sangat mustahil untuk Mah sebagai Ketua Badar muslimah. Mah semacam orang yang paling beriman antara kami, Cikgu Suriha yang kata. Sering sahaja membawakan makanan buat kami sekelas, dan sangat prihatin terhadap masalah kawan-kawan sekelilig. Macam kakak mithali, gitulah..

Anis
~Duduk di sebelah Ruzaini dalam kelas. Dia pernah memarahi saya dan Muzammil kerana menggelarnya PG, yang kami sahaja yang mengetahui maksudnya. Perempuan yang sangat menjaga kemuslimahannya, dan sering merujuk saya dalam subjek tertentu,akhirnya segala pertanyaan saya tinggal tanpa jawapan! Saya tak pandai Add Math, tanyalah Arip!

Ah, bercakap tentang mereka, hati saya tertahan-tahan untuk berjumpa mereka!
Rindu!

Rindunya saat kami membuat latihan sepanjang masa petang, malam, tengah malam pun sampai penat untuk membuat persembahan pentomin. Juga rindu saat kami berniaga sewaktu Hari Koperasi, rindu dimarahi dan didenda Cikgu Suriha, dan rindu mendengar lawak Teacher Gee sambil membulatkan mata.

Ah rindunya,
Sekian daripada kami, Manikam Kalbu!

8 ulasan:

zatyfeena berkata...

huargh !
aku rindu batch 0610 smkap !!
:((

Shamsul Amin berkata...

Nanti kalau ada reunion batch,
datanglah sekali..
baru boleh lepas rindu..

mylittlepencil berkata...

akak pun rindukan suasana SMKAP....SMKAP sangat best.....

Shamsul Amin berkata...

Yalah.. lepas sekolah ni semua nak rindu..

SMKAP rindukan akak juga, tahu tak..?
Hehe..

sofwahayati berkata...

rindu muzammil. isk3 :'(

Shamsul Amin berkata...

Saborlah sofwah..aku paham..tak lama kembalilah belaiu dari perbatasan negara.. hehe..

K.muhami berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
sofwahayati berkata...

kalau dye balik ke tak balek ke same je. :(

 
;