![]() | ||||||
| Pilihan memang banyak, tapi yang mana? |
Tempoh hari, mungkin sahaja akibat kebosanan yang meluap-luap, saya membebaskan diri ke Kuantan. Katanya mencari kerja, memang itu pun motifnya.Tetapi motif yang lebih utama adalah untuk berjumpa sahabat jauh, Hamdan Rosli.
Yang saya maksudkan jauh itu ialah perhubungan, bukan jarak. Banyak perkara yang mengekang saya berjumpa dengan rakan-rakan.
Tinggal dalam kem polis memang semacam penjara, keluar masuk kita semuanya dikawal. Saya bukan tidak bebas, cuma saya rasa semacam dikekang. Tahu-tahu sahajalah,pelajar lepasan SPM seperti saya memang mengalami cuti yang 'panjang'. Tetapi cuti bukan bermakna bebas, saya harus mendatangkan sesuatu. Maksudnya, saya harus berkerja!
Setidak-tidaknya,bekerja boleh menjadikan alasan saya keluar masuk dari kem ini!
Hamdan pula lepasan STPM dari KISAS. Dahulu, dia senior saya di SMKAP, Seorang Ketua BADAR yang amat berdedikasi, cuma kami bertukar haluan, selepas PMR saya kekal di SMKAP, Hamdan melanjutkan ke Tingkatan Enam selepas SPM di KISAS.
Saya hampir-hampir sahaja ke sana juga, tetapi saya menolak dengan cara yang baik!
Tempoh hari kami bersua kembali, bertukar-tukar cerita, mendengar cerita dari KISAS yang penuh kontroversi dalam versi yang amat berlainan.Iyalah, KISAS kan sekolah elit yang masyhur amat dengan pencapaian segala, saya pula membuka cerita tentan SMKAP. Kami sudah lama tak berjumpa Hamdan. Hamdan meminta saya mengkhabarkan tentang SMKAP, saya pula mahu mendengar cerita tentang KISAS yang tak pernah saya pergi. Sesekali dapat bertukar cerita begini, seronok juga! Malangnya, kami jarang bersua.
Peluang-peluang sebegini saya hargai.
Berbalik kepada motif kedua saya, mencari kerja. Ini bukan kali pertama saya mencari kerja. Untuk yang kali kedua ini saya berazam sekurang-kurangnya melekat satu dua posisi. Saya bosan di rumah. Memang niat muasal saya mahu makan tidur makan tidur sahaja di rumah. Tapi outputnya? Saya harus mendatangkan sesuatu.
Terfikir pula pasca-MPR saya belum berbuah.Terfikir juga mahu menulis sahaja sepanjang cuti panjang. Tetapi saat ini pun saya malas-malas menulis.Kalau menghadap laptop, niat menulis cekatan bertukar angin kepada FB dan blog! Alah!
Akhirnya, saya memang tak dapat apa-apa kerja. Berikhtiar sudah cukup memuaskan saya.
Kata seorang kawan "itulah kau.. demand sangat.Tak mahu kerja-kerja promoter ni. Nak kerja kerani, duduk dalam aircorn!"
Saya memang seboleh-bolehnya mahu kerja di kedai buku dan tempat-tempat yang saya minat sahaja. Memilih? Nampak demand? Terpulanglah. Saya hanya mahu yang saya mahu. Hakikatnya sewaktu mencari, saya menebak segala kerja, pantang ada sahaja jawatan kosong atau iklan vacancy, saya ditemani Hamdan dengan menebalkan muka, memohon. Tetapi rezeki saya belum tiada barangkali.Saya ditolak,kebanyakan posisi memerlukan perempuan, dan kebanyakannya mahukan kerja tetap.
Saya pulang hampa.
Kata hamdan "saya rasa awak patut duduk rumah sajalah,Shamsul. Menulis!"
Mungkin juga. Saya harus menulis sahaja di rumah. Allah suruh saya menulis.
Saya pun pulang dengan di tangan lembaran clear holder yang mengandung sijil-sijil sekolah saya. Sepanjang saya meminta kerja, sekali pun saya tidak pernah menunjukkan clear holder tersebut.
Hampa. Tetapi saya harus mendatangkan sesuatu.
Saya harus menulis!



2 ulasan:
ayuh dik, menulis!
moga sentiasa diberi ilham yang terbaik...
haha.. sedang berusaha untuk menulis!
Catat Ulasan