![]() |
| Ihsan gambar: Google |
Saya meninggalkan blog kecil saya ini dalam keadaan yang paling menyedihkan; tiada catatan baru. FIFA 2010 yang kita pestakan itu telah lama pun berlalu, tetapi saya biarkan kamar teknologi ini memaparkan logo South Africa dengan penuh aneh, saya sendiri pun sedih melihatnya.
Hanya baru pada hari ini, 18 Januari baru saya mengemas kininya kembali. Menukarkannya dengan langsir baru, cat baru segala, rumah saya sekarang berwajah baru. Hitam idaman,saya suka hitam!
Juga cuba untuk kembali mengemas kini segala posts dan menyediakan pautan yang lebih banyak. Saya semakin ramai kawan yang menulis, malu juga kalau teman penulis, atau mantan MPR atau sasterawan besar menziarahi rumah tanpa hidangan wajar. Juga cuba untuk memautkan rumah mereka dari rumah saya ini, tanda ukhuwah dan silaturahim. Rumah saya ini masih menerima tetamu sesiapa sahaja, marilah kita berhiwar di ruang sembang, bercakaplah tentang apa sahaja, saya suka dan senang menerima.
18 Januari terlalu lewat untuk menghamparkan karpet merah kepada 2011. Tak payahlah bermercun-letup. Membazir!
Bagaimanapun, 2011 tetap saya rai dengan doa dan harapan. Tahun 2011, kerjaya di luar seputar buku dan homework telah bermula. Tanggungjawab pun saya kira kian berat dan makin bertambah-tambah. Pasca-MPR (saya akan catatkan tentangnya nanti) saya rasa pundak saya terlalu berat dengan nasihat, amanat, dan harapan. Malah terngiang-ngiang kata-kata "MPR duit rakyat.." yang sering menghantui tatkala saya asyik bermalas-malasan menulis di rumah sekarang.
Saya berhutang dengan DBP dan rakyat.MPR duit mereka.
Malah lebih menyedarkan mungkin, bakat saya daripada Allah. Berhutang juga tu.
Itu juga harga yang perlu saya 'bayar' dengan cara yang saya maklum, dan anda pun tahu.
Siapa pun kita pasanglah impian, azam dan matlamat tinggi-tinggi di langit. Datangkanlah usaha untuk mencapainya, dan panjatkanlah doa kepada Allah agar segala-galanya dipermudah. DIA sahaja yang mampu untuk meletakkan kita di awan atau sekadar membiarkan kita memijak tanah.
Ingat siapa pun kita, penulis, polis, bomba, tukang masak, pelajar, penggodam komputer atau GRO pun, azamlah yang baik-baik menuju keredhaan-Nya. Insya-Allah, kita bakal diberkati.
Jadikan 2011 seperti sebuah buku latihan yang masih kosong, anda harus membuat kerja sekolah.
Siapa pun kita.
Ingat, siapa pun.
Ahlan 2011. Berazamlah.



0 ulasan:
Catat Ulasan