Pengikut

10 Jun 2010

Kertas yang Diperca-percakan


Assalamualaikum.

Saya kebingungan dan buntu bagaimana mahu meletakkan sikap kepada orang lain sedangkan kita sendiri belum sempurna. Jawapannya enteng; kita masing-masing masih muda dan masih belajar tentang hidup, dan di situ kita tahu bagaimana cara mahu meletakkan sikap.


Tetapi untuk mereka yang masih mahu diperlukan untuk tolong digonyoh-gonyohkan mata, dikocok-kocokkan badan dan digoncang-goncangkan mindanya supaya sedar atas ketelanjuran, bagaimana pula ya? Saya tertarik dengan kata-kata seorang penulis, Ummu Hani Abu Hassan, "kalau mahu berjihad, tinggalkan yang kecil-kecil tu" tatkala memberi respon tentang reaksi anak muda hari ini dengan penentangan terhadap kekejaman Zionis Israel via demonstrasi atau luahan status di Facebook yang membabi buta, sedangkan suatu kita klik butang "Kongsi/Share" ketika itu kita belum sempat menghitung, apakah 'yang kecil-kecil' itu dalam diri kita.

Kita terlupa kita perlu disedarkan.

Sorry. Mukaddimah sahaja. Saya hanya ingin menembak seorang sahaja, sebenarnya.
Jahat bukan?
Haha..

Saya ingin berkongsi.

-Hari Guru 2010-

Tahun ini saya nekad ingin menyumbangkan sumbangan yang nyata agar hari guru lebih saya mesrai, tahun ini berbanding tahun-tahun sebelumnya. Kebetulan, saban tahun pelajar Tingkatan Lima dan badan kepimpinan menjadi kepala, dan bertindak menggunakan 'kuasa veto' untuk buat apa sahaja pada hari guru. Tradisi lawan-melawan batch2 sebelum, diteruskan, hasrat cuma mahu menjadikan hari guru mana yang paling bermakna. Hadiahnya ialah pujian melambung daripada guru-guru, contoh ungkapan yang dinanti-nanti "saya rasa hari guru tahun ni paling best" daripada guru itu dan guru ini.

Saya teringat tentang kata-kata seorang ustaz, apa guna berhabisan untuk hari guru, sedangkan erti guru itu sifar dalam diri pelajar. Pelajar aspura tetap merokok, fly, buli, pelajar aspuri tetap buka private halaqah mengumpat a.k.a mengutuk cikgu itu, cikgu ini dan GCPA kita tak pernah meningkat. Ustaz Jalal, dia meluahkan itu saat begitu kesal sebilangan pelajar KKQ T5 yang gagal hadir ke kelas pada suatu petang Isnin, hanya semata-mata, berlatih dikir barat untuk Hari Guru.

Ooppss.. AJK Persembahan, tolong jawab!

Ustaz Jalal lagi mengusulkan, sepatutnya hari guru yang bermakna ialah hari guru di mana pelajar-pelajar berhimpun di hadapan guru-guru dan berikrar supaya belajar bersungguh-sungguh, menjauhi sifat-sifat mazmumah.. etc..etc. Ustaz lagi memberikan idea hadiah hari guru yang cukup bernas, pen merah sebatang.

Saat memikirkan semuanya serentak, lucu juga. Hari Guru cepat bertukar rupa menjadi Majlis Aku Janji. Cikgu-cikgu semua kaya dengan pen merah. Tak perlu beli yang baru untuk setahun. Mantap tu..!

Hari Guru tahun ini paling bermakna. Meletakkan diri dalam keterlibatan secara langsung. Tahun akhir.

Jadual persiapan yang bertindih dengan program FUYOH Alumni yang berlangsung beberapa hari sahaja sebelum hari guru langsung bukan penghalang untuk semua bangkit gah. Semua pelajar Tingkatan Lima terlibat. Saya minta escape, kerana persembahan multimedia juga penting. Kerjaya masa depan, apalah sangat...

I have my own way. Please, don't bother it.

Berterima kasih kepada semua yang terlibat dalam persembahan. Adib, kertas yang diperca-percakan tu kutiplah semula. Jangan letak tembok sengketa dalam persahabatan, tak baik. Jasa baik anda saya hargai. Cuma, tolong ya, buat apa-apa beritahu dulu.

Berterima kasih kepada pelajar Tingkatan Lima yang terlibat dengan Dikir Barat. Terbukti masalah masa dan latihan bukan alasan untuk kita hebat. Dengan Hafiz yang jadi liar tak tersangka-sangka, ramai yang memuji, walaupun kita tak punya pengalaman, tetapi niat kita mulia. Mahu menghiburkan, dan kita juga terhibur, dengan kepuasan semua.

Juga tidak dapat melupakan Kak Faizah dan Kak Ain yang bertungkus lumus menjayakan sketsa dan mengolah skrip dengan berjaya, tahniah. Kadang-kadang saya tidak percaya, skrip aku ke ni? Juga menghargai Kak Ikin yang penat-penat menulis senarai nama pengarah, narrator, pelakon-pelakon sketsa dan meletakkan diri sendiri sebagai Co-Director. Asal-muasalnya nak tiru kredit akhir drama-drama TV untuk dipancarkan pada pengakhir sketsa. Alamatnya, tuan penerbit kata "please, no multimedia in drama".

Juga kepada nasyid al-Fursan yang serba tak kena pada busana. Warna tak serupa pada pemain import. Maaflah ya. Lari tema ni!

Turut tak lupa syair, dan sajak. Tahniah, dan terima kasih tolong saya.

Paling penting terima kasih, krew multimedia, yang sanggup berjaga malam bersama saya menyiapkan multimedia hari guru. Hanafi dan Izzat. Eskapisasi yang paling bermakna. Sorry, akak-akak dan abang-abang Alumni!

Terima kasih, semua.


Kepada Mutia, seronok berkerja dengan anda sebagai Pengacara Majlis. Kita ialah 'pasangan pengantin' yang paling berjaya. Cewah!

Terima kasih semua.

^_^

Pascamajlis: Shooting gambar bersama berlatar belakang Hikayat Seribu Satu Malam.

Saat Tuan Pengetua diumumkan sebagai Penerima Anugerah Tokoh Guru dan hadiah disampaikan oleh para MT. Saat ini juga saya dengan tidak sengaja memberi nama kerusi berhias bantal-bantal merah dan sejambak bunga di tepinya, dengan nama 'kerusi hikayat'. [gambar ditangkap dari jarak jauh dan maaf, kamera murah!]

1 ulasan:

Syukri Sapuan berkata...

"Saya kebingungan dan buntu bagaimana mahu meletakkan sikap kepada orang lain sedangkan kita sendiri belum sempurna. Jawapannya enteng; kita masing-masing masih muda dan masih belajar tentang hidup, dan di situ kita tahu bagaimana cara mahu meletakkan sikap."


Barangkali saya tidak begitu jelas- entri ini mahu menceritakan tentang apa.


cuma - sekadar ingin berkongsi. saya juga pernah menguruskan hari guru semasa di sekolah dahulu (atas kapasiti sebagai ketua pelajar).


"Saya teringat tentang kata-kata seorang ustaz, apa guna berhabisan untuk hari guru, sedangkan erti guru itu sifar dalam diri pelajar. Pelajar aspura tetap merokok, fly, buli, pelajar aspuri tetap buka private halaqah mengumpat a.k.a mengutuk cikgu itu, cikgu ini dan GCPA kita tak pernah meningkat."



memang begitulah juga yang saya rasa dahulu. hipokritkah kita? - jika pengisian pada program hari guru hanya gah pada persiapan, tetapi kosonng pada pengisian.


Wallahualam.

 
;