Salam.
Apabila seluruh dunia menggilainya. Dan kegilaan itu boleh menjadikan kita seperti apapun.
Saya masih ingat ketika Piala Dunia 2002 bilamana tuan rumah pada ketika itu ialah Jepun dan Korea Selatan. Kami adik beradik dan sekeluarga tidak ketinggalan duduk di hadapan kaca televisyen menyaksikan opening ceremony yang gah [memang itu juga kegemaran saya; menonton acara pembukaan dan penutupan dalam mana-mana temasya sukan dunia]. Dan kami sememangnya mengikuti sepanjang kejohanan, buktinya kami punya carta perlawanan yang sebesar peta. Siap sahaja mana-mana match, satu-satu kami tandai.
Sewaktu itu saya di darjah tiga. Dan tahun itu kami sekeluarga menggilai Brazil.
Dan ternyata, tahun 2002 memang milik Brazil!
Tahun 2006, ketika saya di tingkatan satu, piala dunia sekali diadakan di Jerman pula. Tiada apa yang menarik minat, melainkan saya hanya menggilai logo kejohanann yang memaparkan imej-imej senyum. Itu sahaja yang saya cari tatkala membelek-belek surat khabar di ruangan sukan.
Tidak langsung berminat untuk mengambil tahu apa-apa, siapa kalah siapa menang. Lebih-lebih lagi pada ketika itu saya mulai tinggal di asrama, keadaan membatasi.
Sewaktu itu Piala Dunia mulai serentak dengan Akademi Fantasia, maka setiap hari Sabtu, masing-masing berebutkan peti televisyen nak tengok mana satu, Akademi Fantasia atau FIFA (haih..sekolah agama kan!). TV di Bilik Rehat menjelang Sabtu malam dimonopoli pula oleh pelajar-pelajar Tingkatan Lima pada ketika itu.
Solusinya: siapa mahu tonton FIFA sila ke Bilik Rehat, siapa mahu lihat aksi joget bercanda AF, sila ke Dewan Makan.
Saya memilih bilik prep!
Terus terang saya bukanlah peminat bola sepak atau pemain bola sepak atau penggila bola sepak atau fanatik bola sepak atau apa sahaja. FIFA juga kalau disenaraikan dalam senarai prioriti, saya berani mengindekskannya di tangga yang keseratus lapan puluh selepas yang lain-lain, yang lebih penting. Seperti dalam entri-entri sebelum ini juga, bolasepak dan saya terlalu asing. Malah, tiada kepentingan.
Terlalu asing, amat.
Apabila FIFA datang, saya tahu saya bukan penggila bola sepak. Saya langsung tidak kisah dan tidak bimbang jika rakan-rakan sekeliling yang bergebang tentang pemain itu, pemain ini, match itu, match ini, yang itu menang kita bangga-banggakan, yang ini kalah kita hentak-hentakkan kaki, sedangkan outputnya? Zero?
Oh, saya tahu.. kepuasan..
Atas rasional ini kita lebih sanggup berjaga menonton perlawanan itu ini, daripada bangkit qiam sepertiga malam. Kalau anda non-Muslim, itu bukan soal saya, tetapi jika anda Muslim, berhati-hatilah.
Tapi saya bukan suruh anda tahajjud.
Tiada salahnya menonton FIFA, EPL, Liga Barclays atau apapun, cuma di mana kita mahu meletakkan keutamaan sesuatu perkara dalam hidup kita. Di mana kita meletakkan kesanggupan kita dalam membuat sesuatu kerja, dan di mana hemah kita menilai yang ini perlu untuk hidup, dan yang ini tidak.
Di situ menuntut kita berfikir, dan kembali merenung diri.
Kadang-kadang saya bimbang, bolasepak kadang-kadang melebihi apapun.
Apa-apapun berpesta seadanya sahaja. Jangan membelakangkan keperluan keluarga dan agama.
Yang paling penting, itulah.
Dan setidak-tidaknya berfikirlah tentang saudara seagama kita di bumi anbiya' sana yang sedang menderita. Setiap kali gol tersumat mencatat mata untuk pasukan kegemaran dan kita bersorak-sorai gembira, di sana mereka sedang menangis menderita, dan senjata Israel terus berpesta. Ingat-ingatlah mereka.
Saya telah berjanji untuk menolak hedonis, liberalis, kapitalis, dan semua isme dari Barat yang memusnahkan. Mengusir Israel dari kelambu diri.
Jadi FIFA tahun ini, saya biasa-biasa sahaja. Mengikuti, tetapi bukan keperluan.
Ketawalah jika saya tidak kenal Messi, Rooney atau siapapun, tetapi ketawalah pada diri jika kita tidak tahu bahawa kita diancam, FIFA salah satu pengancamnya.
Kita, Muslim, perlu berhati-hati, untuk apa-apa sahaja yang datang Barat.
Setakat ini baru mengikuti satu perlawanan, USA-ENG.
Dan saya tidak menggilai, logo tahun ini.
;-P
-
-
-
.:: Petik-Petik Sam ::.




0 ulasan:
Catat Ulasan