Pengikut

08 Mei 2010

Janji jangan Janji Je...!

Kenapa anda pejam mata wahai Taufiq!

Salam. 

Mei menjengah dan usia bertambah. Dan saya tak sabar menanti detik untuk meninggalkan semuanya. Keanak-anakan. Kedewasaan ialah matlamat. Saya tak mahu jadi budak-budak lagi.

Saya survey orang sekeliling. Saya tanya guru-guru. Saya tanya Cikgu Huda. Saya tanya Aziem. Saya tanya Adibah. Saya tanya Iqbal. Saya tanya Hanafi.

"Saya berfikiran jauh tak. Matang tak?"

"Tak langsung"

"Macam budak-budak"

Tak kurang kalau ada yang ditanya soalan yang sama, ada yang hanya sekadar tergelak Saya tidak berkata apa.

Allah lebih kenal kita siapa. Saya lebih suka menyembunyikan siapa saya. Kerana itu memang saya.

Semalam ikrar, akujanji untuk SPM, PMR dan STPM. 
Dan secara rasminya kami pelajar-pelajar SPM, PMR dan STPM berjanji di hadapan ibu bapa masing-masing berjani akan belajar bersungguh-sungguh, akan menghormati guru-guru... etc.. etc.. yang kebanyakannya masing-masing sudah tahu, cuma tak terbuat.

Tetapi Majlis Akujanji kali ini betul-betul menginsafkan.

Saya sangat terkesan dengan semangat guru-guru dan saya tak tipu sewaktu ikrar, saya menitiskan air mata.

Macam sedih gitu waktu tu.

Saya teringat janji dulu... Yang belum tertunai.... Janji Mak dan Abah...

Dan saya memang berhasrat untuk berubah..
Berubah..
Berubah..
Berubah..

Allah, tolonglah....




.:: Petik-petik Sam.::
Pasca Akujanji: memang tak terbuat apa-apa




0 ulasan:

 
;