Suka Suki Sukan: Kejohanan Olahraga SMKAP 2010

Ha? Sukan dekat padang je? Ayoyo....

Begitulah reaksi kami anak-anak SMKAP tatkala terdengar gosip-gosip panas yang berbisik-bisik di telinga-telinga kami tentang Kejohanan Olahraga yang hanya diadakan di padang kami yang 'serba indah' tu.. Terutama kami anak-anak pelajar Tingkatan Lima.. Almaklumlah, tahun akhir, kalau boleh semahu-mahunya kami mahu menjadikan ini kejohanan yang paling bermakna. Jadi bila kami dapat tahu sahaja sukan akan diadakan di padang, maka...huh.. alamak...frustnya....

Nak dijadikan cerita, kami, abang-abang dan kakak-kakak tingkatan lima tak pernah merasa sepanjang hayat kami di SMKAP sambut kejohanan olahraga di padang SMKAP semata-mata kerana kami selalunya dimanjakan di Kompleks Sukan Muadzam Shah.. fasiliti lengkap, stadium luas, track getah.. fulamak.. Pendek kata lengkaplah semuanya...!

"Haih, belum cuba belum tahu..!"

"Puas saya minta daripada PPD. Tapi oleh kerana kepercayaan yang diberikan, kita bersukanlah selama dua hari, dan Jumaat kita..... CUTI!!"

Gulp!

Dua hari sukan? Satu hari cuti? Biar benor...??!!

Maka berlangsunglah seperti yang dirancang, kejohanan Olahraga SMK Agama Pahang, pada tanggal 3 dan 4 Mac 2010 di Padang SMKAP dengan meriahnya..

Meriahnya??

Ya, sungguh meriah. Padang dengan cepat bertukar rupa menjadi keindahan yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Err.. agak-agak boleh buang balik tak inverted coma dekat atas tuu... Ya, padang memang serba indah!

Kemeriahan dirancakkan dengan persaingan yang jitu antara rumah sukan. Baik dalam acara sukan padang, balapan, mahupun kategori-kategori lain. Cikgu Radzi pula berceloteh tak habis-habis, mengusik sana, mengusik sini, tanpa henti. Paling penting, gelakannya yang mengusik sesiapa pun.

"Tak penat ke, Bro ??!!"



Tidak cukup pada sebelah pagi, pada sebelah petang setiap rumah masing-masing menyiapkan hiasan rumah. Persaingan sangat sihat dan semuanya bekerja keras. Tabiklah! 

Mahu tidak, persiapan berlanjutan sampai ke senja dan berlanjutan sampai ke sebelah malam. Bukan selalu begini, ke musolla lambat, tiada siapa nak marah, pasal cikgu-cikgu pun naik sama! Bukan setakat menjengah senja, semua rumah bertungkus-lumus menyiapkan rumah sukan masing-masing sehingga lewat malam. Alahai, macam kendurilah pulak...!




Paling membanggakan dan mengharukan, Tuan Pengetua yang baru, Tuan Haji Wan Said sanggup mencemar duli sanggup turun padang sekitar jam 11.30 pagi untuk menjeguk guru-guru dan pelajar-pelajar yang masih menyiapkan rumah sukan. Guru-guru pula sangat sporting mendermakan spot light kereta masing-masing oleh sebab lampu pendaflour tak dapat dibekalkan.

One word. Mengharukan!

Saya (secara peribadi) menghargai pengorbanan semua, baik pelajar atau guru. Chaiyok!

Hari kedua berlanjutan dengan acara balapan dan antara acara-acara penting seperti 100m, 4x100m, dan lain-lain. Seronok juga melihat keletah guru-guru dalam acara pegawai 5x40m dan lontar peluru. Bukan selalu boleh tengok cikgu-cikgu berolahraga!

Di rumah sukan masing-masing, masih last touch up sehinggalah VIP datang untuk sesi penilaian. Kepelbagaian tema ditonjolkan; Salman dengan tema hutan; Solah (tradisonal), Tariq (blue castle), dan Khalid (Cina Oriental).

Solah siap pasang silat lagi bila VIP datang. Alahai, macam-macam...!

Perbarisan juga tak kurang hebatnya. Mahu tidak, semua rumah siang malam berlatih walaupun kadang-kadang ada pulaklah 'krisis' tiru-meniru, berebut tempat berlatih dsb. Biasalah adat, namapun bersaing kan?

Perbarisan juga punya gimik sendiri. Salman dengan stunt angkat mengangkat, Solah degan maskot Bersamamu, Tariq dengan gimik adraba..cadraba (entahlah.. aku pun tak tahu sebenarnya budak kecil tu sebut apa) dan Khalid dengan Kungfu Panda yang mencuit hati.




Ditambah lagi dengan kostum yang berwarna-warni rekaan dan jahitan pelajar sendiri. Mantooppp!

Untuk Tariq, terima kasih Muzammil, kostum anda memang cantik!

Dan akhirnya Solahuddin al-Ayubi seperti yang dijangka menang kategori keseluruhan.
Tariq; sekadar berpuas hati di tempat kedua, keempat perbarisan, dan ketiga rumah sukan. Okla tu!


SHAMSUL AMIN: Di mana Anda?

Saya jikalau anda katakan gila sukan, sangat tidak (sepak bola pun tak reti!). Tapi secara jujur saya katakan saya meminati olahraga dan pernah mewakili sekolah di sekolah rendah dalam acara olahraga. Dalam kejohanan kali ini, ada juga yang memaksa saya bersukan almaklumlah tahun akhir.

Tapi saya menolak dengan baik kerana biarlah saya menikmati sukan tahun akhir saya dengan cara saya sendiri, yang saya sendiri berpuas hati.

Keinginan untuk berolahraga memang ada, tetapi langka masa yang telah lama saya tidak terlibat dengan olahraga semenjak saya tingkatan satu mematikan niat. Kemampuan saya tidak setanding dulu. Dan menjadi pengurus peserta juga sudah cukup untuk berpuas hati. Tugas itu pengalaman yang penting untuk saya.

Terus, saya di mana?

Di mana lagi kalau bukan di khemah Paramedik. Tugas paramedik yang saya bawa di sekolah ini selama empat tahun juga bukan satu tugas yang mudah. Ke hulu ke hilir membawa first aid dan pengusung, haih mahu paramedik yang pengsan. Syukur, atlet lelaki tidak ramai yang cedera, kerana sepanjang pengalaman, pelajar perempuan yang selalu singgah ke khemah paramedik dan syukur saya juga dibantu oleh yang lain, Arif Zaidi dan Arash. Terima kasih. Juga yang lain, Syafiqah, Amirah, Adibah, dan yang lain-lain. Terima kasih ya untuk paramedik tahun akhir!


Sesekali juga ke sini dan ke sana.. Apa lagi, snap-snap! Merakam aksi pelajar dan guru juga mendatangkan kepuasan yang tersendiri. Terima kasih Limuxku..!

Sesekali juga singgah di khemah PA duduk berhampiran Cikgu Radzi memasang lagu nan rancak gitu dan sesekali menjadi pemberi maklumat tidak rasmi kepada Cikgu Radzi. Justeru, sesekali apa yang keluar dari mulut Cikgu Radzi, pengaruh besarnya ialah.....hehe..

Terima kasih Cikgu Hilmi yang menyumbangkan laptop untuk kegunaan hari sukan merangkap kegunaan-kegunaan lain. Dapat juga mengubat rindu FB dengan broadband Celcom di padang nan luas terbentang almaklumlah di tempat yang luas terbentang signal senang kedapatan. TQVM. Hehehe... (bukan ambil kesempatan ya..)

Dan sejurus habis sahaja sukan, saya bergegas pulang ke kampung di Kuantan, atas urusan perjanjian penerbitan dengan peguam dan segalanya berlaku dalam keadaan kelam kabut. TK Cikgu Huda yang menumpangkan saya ke stesen bas. Sangat tidak dapat melupainya..

Kanak-kanak SMKAP,
Pasca Sukan, anda di mana??

Tilam... here we come...!!

Dan minggu kemudiannya pula imtihan.... Aduss!!!

-Yang paling bermakna ialah kita mempelajari tentang kesetiakawanan dan keusahasamaan. Dan tanpa pengorbanan, apalah maknanya kejayaan dan kepuasan. Kekalahan bukan bermakna kematian, dan kemenangan bukan bermakna kebangkitan. Setiap kebersamaan ialah perjuangan dan kita hidup bersama-samanya, wahai kawan-kawan......-

Shamsul Amin rumah apa?




[lagi gambar hari sukan di Facebook saya: album Kejohanan Olahraga 2010. Klik ya, dan komen]

-
-
-



.:: Petik-Petik Sam ::.
Pelajar-pelajar tingkatan lima: Kami tak kisah buat dekat padang, sebab sangat best!

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

wei.. upload r byk lagi..

Shamsul Amin berkata...

Insya-allah.. nantilah..
Dekat FB banyak gambar...

jay berkata...

zaman abang dulu...padang indah berbatu tulah jadi tempat sukan..

 

Anekdot Diri

Foto Saya
Penulis kreatif dan deskriptif yang menulis dalam pelbagai genre. Pelajar tahun pertama bidang Pengajian Melayu (pengkhususan Linguistik Melayu) di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Merupakan mantan Minggu Penulis Remaja (MPR) 2010. Karya beliau sering mendapat tempat dalam pelbagai media arus perdana seperti Tunas Cipta, Berita Harian, Utusan Melayu, Dewan Siswa dan pelbagai lagi.

Bergandingan bersama rakan-rakan penulis muda yang lain menubuhkan Legasi Oakheart, dalam memperjuangkan penerbitan buku secara mandiri untuk penulis muda dan menjalankan aktiviti seni dan sastera di seluruh negara.

Boleh dihubungi menerusi emel: shamsulamin.yusof@gmail.com.

Pengikut